Tukar keutamaan Sentiasa Dibenarkan dalam Masa Skrin pada Mac
Gunakan anak tetingkap Sentiasa Dibenarkan keutamaan Masa Skrin untuk memilih komunikasi yang dibenarkan ketika masa henti dan app yang boleh digunakan ketika masa henti atau selepas had masa berkenaan telah dicapai.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Masa Skrin , kemudian pilih Sentiasa Dibenarkan dalam bar sisi.
Buka keutamaan Sentiasa Dibenarkan Masa Skrin untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Semasa masa henti, benarkan komunikasi dengan | Pilih orang yang ahli keluarga anda boleh berkomunikasi semasa masa henti.
Nota: Pilihan yang tersedia berbeza, bergantung pada seting semasa untuk komunikasi dibenarkan semasa masa skrin (ini disetkan dalam anak tetingkap Had Komunikasi pada keutamaan Masa Skrin). Lihat Tukar keutamaan Had Komunikasi dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Kenalan | Uruskan kenalan iCloud ahli keluarga. Pilihan ini tersedia jika anda meminta keizinan untuk mengurus kenalan iCloud ahli keluarga anda dalam anak tetingkap Had Komunikasi pada keutamaan Masa Skrin. Lihat Tukar keutamaan Had Komunikasi dalam Masa Skrin. | ||||||||||
Benarkan App | Benarkan app tertentu untuk digunakan pada masa henti atau selepas had masa telah dicapai. | ||||||||||
Isih mengikut [pilihan] | Tukar tertib app dalam senarai. Klik menu timbul Isih Mengikut, kemudian pilih tertib isih:
| ||||||||||
Cari | Taipkan nama app untuk mencarinya dalam senarai. |