Tukar keutamaan Sentiasa Dibenarkan Masa Skrin pada Mac
Gunakan anak tetingkap Sentiasa Benarkan dalam keutamaan Masa Skrin untuk memilih app yang boleh digunakan walaupun semasa masa henti.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Masa Skrin, kemudian pilih Sentiasa Dibenarkan dalam bar sisi.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Semasa masa henti, benarkan komunikasi dengan | Pilih orang yang ahli keluarga anda boleh berkomunikasi semasa masa henti.
Nota: Pilihan yang tersedia berbeza, bergantung pada seting semasa untuk komunikasi dibenarkan semasa masa skrin (ini disetkan dalam anak tetingkap Komunikasi pada keutamaan Masa Skrin). Lihat Tukar keutamaan Komunikasi Masa Skrin pada Mac. | ||||||||||
Kenalan | Klik Edit untuk mengurus kenalan iCloud ahli keluarga. Pilihan ini tersedia jika anda meminta keizinan untuk mengurus kenalan iCloud ahli keluarga anda dalam anak tetingkap Komunikasi pada keutamaan Masa Skrin. Lihat Tukar keutamaan Komunikasi Masa Skrin pada Mac. | ||||||||||
Benarkan App | Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya digunakan semasa masa henti atau jika anda memilih Semua App & Kategori dalam anak tetingkap Had App. | ||||||||||
Isih mengikut [pilihan] | Klik menu timbul Isih mengikut untuk menukar tertib app dalam senarai:
| ||||||||||
Cari | Taipkan nama app untuk mencarinya dalam senarai. |