Urus masa henti dalam Masa Skrin pada Mac
Anda boleh mengesetkan jadual untuk waktu rehat daripada skrin untuk anda dan anak anda. Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan mengikut keperluan supaya anda tidak perlu menukar jadual.
Semasa masa henti, jika anda cuba menggunakan Mac, anda menerima mesej yang memaklumkan anda bahawa ia merupakan masa henti yang dijadualkan untuk anda. Jika anak anda cuba mengakses peranti mereka semasa masa henti, mereka boleh meminta lebih masa daripada anda.
Sebelum anda boleh menyediakan masa henti, anda perlu mengaktifkan Masa Skrin. Lihat Sediakan Masa Skrin untuk diri anda atau Sediakan Masa Skrin untuk anak.
Sediakan jadual masa henti
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac ahli keluarga.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul dalam bar sisi, kemudian pilih ahli keluarga.
Klik Masa Henti dalam bar sisi.
Jika masa henti yang dijadualkan tidak aktif, klik butang Aktifkan di sebelah kanan status jadual masa henti.
Jika butang Aktifkan dimalapkan, anda perlu mengaktifkan Masa Skrin untuk ahli keluarga yang dipilih.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Sediakan jadual masa henti yang sama untuk setiap hari: Pilih Setiap Hari, kemudian masukkan masa mula dan tamat.
Sediakan masa henti berlainan untuk setiap hari dalam minggu: Pilih Tersuai, kemudian masukkan waktu mula dan tamat untuk setiap hari.
Jika anda mahu menyekat peranti ketika masa henti, pilih kotak semak Sekat pada Masa Henti.
Pilihan ini tersedia hanya apabila anda menggunakan kod laluan Masa Skrin.
Aktifkan atau nyahaktifkan jadual masa henti
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac ahli keluarga.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul dalam bar sisi, kemudian pilih ahli keluarga.
Klik Masa Henti dalam bar sisi, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Aktifkan jadual masa henti: Klik butang Aktifkan di sebelah kanan status jadual masa henti.
Nyahaktifkan jadual masa henti: Klik butang Nyahaktifkan di sebelah kanan status jadual masa henti.
Aktifkan atau nyahaktifkan masa henti serta-merta
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac ahli keluarga.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul dalam bar sisi, kemudian pilih ahli keluarga.
Klik Masa Henti dalam bar sisi, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Aktifkan masa henti: Klik butang Aktifkan di sebelah kanan status masa henti.
Nyahaktifkan masa henti: Klik butang Nyahaktifkan di sebelah kanan status masa henti.
Apabila anda mengaktifkan masa henti untuk kanak-kanak, mereka dimaklumkan bahawa masa henti bermula dalam masa 5 minit.