Setkan, tukar, atau keluarkan kod laluan Masa Skrin pada Mac
Anda boleh menggunakan kod laluan untuk menghalang perubahan pada pengehadan Masa Skrin yang anda sediakan untuk anak. Untuk menukar atau mengeluarkan kod laluan, anda perlu memasukkan kod laluan semasa.
Jika anda perlu mereset kod laluan, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa kod laluan Masa Skrin anda.
Sebelum anda boleh menyediakan kod laluan, anda perlu mengaktifkan Masa Skrin. Lihat Sediakan Masa Skrin untuk diri anda atau Sediakan Masa Skrin untuk anak.
Petua: Anda mungkin mahu menyimpan kod laluan Masa Skrin di tempat yang selamat sekiranya anda terlupa kod laluan, seperti dalam nota selamat dalam rantai kunci anda (lihat Simpan maklumat sulit dengan selamat menggunakan Akses Rantai Kunci).
Setkan kod laluan Masa Skrin
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac ahli keluarga.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul dalam bar sisi, kemudian pilih ahli keluarga.
Klik Pilihan di penjuru kiri bawah bar sisi.
Pilih Gunakan Kod Laluan Masa Skrin, masukkan kod laluan empat digit, kemudian masukkan kod laluan lagi untuk mengesahkannya.
Tukar kod laluan Masa Skrin
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac ahli keluarga.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul dalam bar sisi, kemudian pilih ahli keluarga.
Klik Pilihan di penjuru kiri bawah bar sisi.
Klik Tukar Kod Laluan, kemudian masukkan kod laluan empat digit semasa.
Masukkan kod laluan empat digit baharu, kemudian masukkan kod laluan baharu lagi untuk mengesahkannya.
Keluarkan kod laluan Masa Skrin
Jika anda tidak mahu memerlukan kod laluan Masa Skrin lagi, anda boleh mengeluarkannya.
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac ahli keluarga.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul dalam bar sisi, kemudian pilih ahli keluarga.
Klik Pilihan di penjuru kiri bawah bar sisi.
Nyahpilih Gunakan Kod Laluan Masa Skrin, kemudian masukkan kod laluan empat digit.