Nyahaktifkan Masa Skrin pada Mac anda
Jika anda tidak mahu menggunakan Masa Skrin pada Mac anda lagi, anda boleh menyahaktifkannya. Anda boleh nyahaktifkan Masa Skrin untuk anda, atau untuk anak yang anda uruskan.
Nyahaktifkan Masa Skrin untuk diri anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul dalam bar sisi, kemudian pilih diri anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga, anda tidak akan melihat menu timbul dalam bar sisi.
Klik Pilihan di penjuru kiri bawah bar sisi.
Klik Nyahaktifkan di penjuru kanan atas.
Nyahaktifkan Masa Skrin untuk anak
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anak.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul dalam bar sisi, kemudian pilih anak.
Klik Pilihan di penjuru kiri bawah bar sisi.
Klik Nyahaktifkan di penjuru kanan atas.