![](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/889217a0ff80c57c2aeab74676328f84.png)
Tukar keutamaan Touch ID pada Mac
Jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, gunakan keutamaan Touch ID untuk mendayakan Mac anda supaya boleh dibuka kunci dengan cap jari anda dan untuk menambah satu atau lebih cap jari pada akaun pengguna anda. Anda juga boleh mendayakan Touch ID untuk digunakan bagi membuat pembelian dengan Apple Pay dan daripada iTunes Store, App Store, atau Apple Books. Ketahui cara menggunakan Touch ID.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple .
Buka keutamaan Touch ID untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tambah Cap Jari | Tambah cap jari ke akaun pengguna semasa. Untuk menamakan semula cap jari, klik teks di bawah cap jari, kemudian masukkan nama baharu. Anda boleh menambah sehingga tiga cap jari untuk satu akaun pengguna (Mac anda boleh menyimpan sehingga lima cap jari). |
Buka kunci Mac anda | Buka kunci Mac anda dengan sebarang cap jari yang ditambah ke akaun pengguna semasa. Untuk keselamatan, anda perlu memasukkan kata laluan anda apabila anda menghidupkan Mac anda. |
Apple Pay | Luluskan pembelian Apple Pay menggunakan Touch ID. Lihat Gunakan Wallet & Apple Pay. |
iTunes Store, App Store & Apple Books | Buat pembelian menggunakan Touch ID dalam iTunes Store, App Store dan dalam Apple Books. |
Isi Auto Kata Laluan | Gunakan Touch ID untuk mengisi nama, kata laluan dan maklumat kad kredit secara automatik dalam Safari serta app lain. Lihat Isi auto nama pengguna dan kata laluan anda dalam Safari dan Isi auto info kad kredit dalam Safari. |
Gunakan sensor Touch ID untuk penukaran pengguna cepat | Tukar antara akaun pengguna Mac menggunakan Touch ID. Untuk menukar akaun menggunakan bar menu atau Pusat Kawalan, lihat Tukar antara pengguna dengan cepat. |