![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/bafd555c29d06d38658a8964d20b2517.png)
Tukar seting Touch ID & Kata Laluan pada Mac
Gunakan seting Touch ID & Kata Laluan untuk menukar kata laluan log masuk anda dan—jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID—tambah satu atau lebih cap jari pada akaun pengguna anda dan dayakan cap jari anda untuk membuka kunci Mac anda. Anda juga boleh mendayakan Touch ID untuk digunakan bagi membuat pembelian dengan Apple Pay dan daripada iTunes Store, App Store, atau Apple Books. Ketahui cara menggunakan Touch ID.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Touch ID & Kata Laluan untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Kata laluan log masuk telah disetkan untuk pengguna ini | Klik Tukar untuk menukar kata laluan log masuk dan pembayang kata laluan untuk pengguna semasa. Semasa menukar kata laluan, anda boleh menggunakan Pembantu Kata Laluan untuk membantu anda memilih kata laluan yang selamat. Klik kunci |
Tambah Cap Jari | Tambah cap jari ke akaun pengguna semasa. Untuk menamakan semula cap jari, klik teks di bawah cap jari, kemudian masukkan nama baharu. Anda boleh menambah sehingga tiga cap jari untuk satu akaun pengguna (Mac anda boleh menyimpan sehingga lima cap jari). |
Gunakan Touch ID untuk membuka kunci Mac anda | Buka kunci Mac anda dengan sebarang cap jari yang ditambah ke akaun pengguna semasa. Untuk keselamatan, anda perlu memasukkan kata laluan anda apabila anda memulakan Mac anda. |
Gunakan Touch ID untuk Apple Pay | Luluskan pembelian Apple Pay menggunakan Touch ID. Lihat Gunakan Wallet & Apple Pay. |
Gunakan Touch ID untuk pembelian dalam iTunes Store, App Store dan Apple Books | Buat pembelian menggunakan Touch ID dalam iTunes Store, App Store dan dalam Apple Books. |
Gunakan Touch ID untuk pengisian auto kata laluan | Gunakan Touch ID untuk mengisi nama, kata laluan dan maklumat kad kredit secara automatik dalam Safari serta app lain. Lihat Isi auto nama pengguna dan kata laluan anda dalam Safari dan Isi auto info kad kredit dalam Safari. |
Gunakan Touch ID untuk penukaran pengguna cepat | Tukar antara akaun pengguna Mac menggunakan Touch ID. Untuk menukar akaun menggunakan bar menu atau Pusat Kawalan, lihat Tukar antara pengguna dengan cepat. |
Gunakan Apple Watch untuk membuka kunci app anda dan Mac anda | Gunakan Apple Watch anda (berbanding memasukkan kata laluan anda) untuk membuka kunci app apabila kata laluan diperlukan dan membuka kunci Mac anda apabila anda membangunkannya daripada keadaan melahu. Lihat Buka kunci Mac anda dan luluskan permintaan dengan Apple Watch. Pilihan ini tersedia hanya jika Mac anda menyokong Buka Kunci Auto. |