![](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/dd84fdb167f49669b3d5c0b45b249062.png)
Bersambung dan kongsi
![Tetingkap FaceTime menunjukkan panggilan dengan peserta menggunakan SharePlay untuk mendengar album bersama.](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/725b4b506163b2862d65d015fe0a5768.png)
Tonton dan dengar bersama
Dengan SharePlay, anda dan rakan anda boleh menonton filem dan rancangan TV atau mendengar muzik bersama semasa anda dalam panggilan FaceTime. Main balik diselaraskan supaya semua orang boleh menumpukan perhatian.
Cara menggunakan SharePlay untuk menonton dan mendengar bersama
![Tetingkap FaceTime dalam panggilan kumpulan dengan individu ditunjukkan dalam grid.](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/659581efb19cc27389d83c021e84997e.png)
Lihat siapa yang bercakap
Paparan Grid menunjukkan semua orang pada panggilan FaceTime anda dalam jubin yang sama saiz, dengan penutur diserlahkan secara automatik, supaya anda boleh melihat penutur dengan mudah.
![PC dengan tetingkap Google Chrome menunjukkan peserta dalam panggilan Kumpulan FaceTime.](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/56c072d410c4ae210a886022584f272e.png)
Buat panggilan FaceTime kepada sesiapa sahaja
Anda boleh membuat panggilan FaceTime dengan sesiapa sahaja—walaupun orang yang menggunakan Android atau peranti Windows. Hanya hantar pautan ke panggilan FaceTime anda kepada rakan anda.
![Dua tetingkap terbuka—tetingkap Podcast dengan dua rancangan dalam bahagian Dikongsi dengan Anda dan tetingkap Mesej dengan salah satu rancangan Dikongsi dengan Anda yang sama dalam perbualan.](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/123d08f1ec6e1c688613fc5f40fc5332.png)
Cari perkara yang orang kongsi dengan anda
Dikongsi dengan Anda menunjukkan pautan, imej dan kandungan lain yang orang kongsi dengan dalam Mesej—dalam app yang anda gunakan untuk membukanya. Tidak dapat mencari podcast yang rakan anda syorkan? Lihat dalam Dikongsi dengan Anda dalam app Podcast.
![Anak tetingkap Keutamaan Sistem dengan ikon Perkongsian Keluarga diserlahkan.](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/b5a273637adde5ebe0889b77970311bf.png)
Sediakan Perkongsian Keluarga
Dengan Perkongsian Keluarga, sehingga enam orang ahli keluarga anda boleh berkongsi perkhidmatan, pembelian dan pelan storan iCloud. Tetapi anda masih mempunyai akaun masing-masing. Pengelola keluarga menyediakan Perkongsian Keluarga dan menjemput orang untuk menyertai kumpulan atau mencipta Apple ID untuk anak yang lebih kecil.