App untuk semua yang anda mahu lakukan
App untuk menyelesaikan semuanya
App pada Mac anda membolehkan anda menyelesaikan semuanya—layari web, menghantar mesej kepada rakan, mencipta dokumen dan pembentangan yang menakjubkan, mengurus foto dan video anda, serta banyak lagi. Untuk melihat semua app pada Mac anda dan membuka satu, klik ikon Launchpad dalam Dock.
Layari tapak web dengan cara anda dalam Safari
Mulakan setiap sesi pelayaran Safari dengan halaman permulaan yang kelihatan seperti yang anda mahukan. Tambahkan gambar kegemaran anda sebagai latar belakang, pilih pautan yang anda mahu lihat dan akses Laporan Privasi yang bermaklumat dengan cepat yang menunjukkan anda cara Safari melindungi maklumat anda.
Terokai tempat baru dalam Peta
Dengan Peta, anda boleh menerokai tempat baru untuk membeli-belah, makan dan jelajah dengan Panduan yang diurus oleh pakar. Anda juga boleh mendapatkan paparan 3D mengasyikkan destinasi anda sebelum anda pergi.
Ekspresikan diri anda dalam Mesej
Kini lebih mudah untuk kekal berhubung dengan Mesej. Pinkan perbualan dengan rakan dan keluarga ke bahagian atas bar sisi supaya anda boleh berbual dengan cepat bersama orang yang paling rapat dengan anda. Juga cipta Memoji untuk memadankan personaliti dan perasaan anda.