App untuk semua yang anda mahu lakukan
Jadikan foto terbaik anda lebih baik
Alat pengeditan yang berkuasa dalam app Foto membenarkan anda untuk mengedit seperti pro—walaupun jika anda orang baru. Baiki mata merah, jadikan warna lebih terang, laraskan cahaya dan banyak lagi.
Uruskan rumah anda daripada Mac anda
App Rumah pada Mac anda membenarkan anda mengawal aksesori didayakan HomeKit hampir di mana sahaja. Aktifkan lampu anjung anda semasa anda menyelesaikan pembentangan di tempat kerja. Atau tingkatkan termostat sebelum anda kembali ke rumah daripada perjalanan.
Lihat rakan anda secara bersemuka
Apabila mesej teks tidak mencukupi, gunakan app FaceTime pada Mac anda untuk membuat panggilan video atau audio.
Cari app kegemaran anda yang seterusnya
Mac App Store membantu anda menemui app baru dan dikemas kini, dengan kandungan diuruskan editor berjulat daripada cadangan pakar ke tutorial. Nikmati video pratonton dan lihat cara app berfungsi sebelum anda memuat turunnya.