Panduan Pengguna iPad
- Panduan Pengguna iPad
- Baru dalam iPadOS
- Model disokong
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Laraskan kelantangan
- Tukar atau nyahaktifkan bunyi
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Buka app pada skrin Utama
- Ambil gambar skrin atau rakaman skrin
- Tukar atau kunci orientasi skrin
- Tukar hias latar
- Zum app untuk memenuhi skrin
- Seret dan lepas
- Cari dengan iPad
- Gunakan AirDrop untuk menghantar item
- Lakukan tindakan cepat
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
- Melancong dengan iPad
-
-
- Lihat foto dan video
- Edit foto dan video
- Edit Live Photos
- Edit foto mod Potret
- Susun foto dalam album
- Cari dalam Foto
- Kongsi foto dan video
- Lihat Memori
- Cari orang dalam Foto
- Layari foto mengikut lokasi
- Gunakan Foto iCloud
- Kongsi foto dengan Album Dikongsi iCloud
- Gunakan Strim Foto Saya
- Import foto dan video
- Cetak foto
- Pintasan
- Saham
- Petua
-
- Kongsi sambungan Internet anda
- Buat dan terima panggilan telefon
- Gunakan iPad sebagai paparan kedua untuk Mac
- Serahkan tugas antara iPad dan Mac
- Potong, salin dan tampal antara iPad dan Mac anda
- Sambungkan iPad dan komputer anda menggunakan USB
- Selaraskan iPad dengan komputer anda
- Pindahkan fail antara iPad dan komputer anda
-
-
- Mulakan semula iPad
- Kemas kini iPadOS
- Sandarkan iPad
- Kembalikan seting iPad kepada lalainya
- Pulihkan semua kandungan daripada sandaran
- Pulihkan pembelian dan item dipadamkan
- Jual atau berikan iPad anda
- Padam semua kandungan dan seting
- Pulihkan iPad kepada seting kilang
- Pasang atau keluarkan profil konfigurasi
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPad menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Gunakan VoiceOver dengan papan kekunci luaran Apple
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Sesuaikan gerak isyarat dan pintasan papan kekunci
- Gunakan VoiceOver dengan peranti penuding
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Zum
- Kanta Pembesar
- Paparan & Saiz Teks
- Pergerakan
- Kandungan Dituturkan
- Perihalan Audio
-
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPad anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Pernyataan pematuhan ENERGY STAR
- Hak Cipta
Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver pada iPad
Dengan VoiceOver—pembaca skrin berdasarkan gerak isyarat—anda boleh menggunakan iPad walaupun anda tidak melihat skrin. VoiceOver memberikan perihalan yang boleh didengari untuk perkara yang terdapat pada skrin anda—daripada paras bateri, orang yang menelefon, hingga app pada jari anda. Anda juga boleh melaraskan kadar pertuturan dan nada agar sesuai untuk keperluan anda.
Apabila anda sentuh skrin atau seret jari anda di atasnya, VoiceOver menyebut nama item pada jari anda, termasuk ikon dan teks. Untuk berinteraksi dengan item, seperti butang atau pautan, atau untuk menavigasi ke item lain, gunakan gerak isyarat VoiceOver.
Apabila anda pergi ke skrin baru, VoiceOver memainkan bunyi, kemudian memilih dan menyebut nama item pertama pada skrin (selalunya di penjuru kiri atas). VoiceOver memaklumkan anda apabila paparan berubah ke orientasi landskap atau potret, apabila skrin bertukar malap atau dikunci dan apa-apa yang aktif pada skrin Kunci apabila anda bangunkan iPad.
Aktifkan atau nyahaktifkan VoiceOver
Penting: VoiceOver menukar gerak isyarat yang anda gunakan untuk mengawal iPad. Apabila VoiceOver aktif, anda mesti menggunakan gerak isyarat VoiceOver untuk mengendalikan iPad.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan VoiceOver, gunakan mana-mana daripada kaedah berikut:
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan seting.
Panggil Siri dan sebut “Aktifkan VoiceOver” atau “Nyahaktifkan VoiceOver.”
Klik tiga kali butang Utama (pada iPad dengan butang Utama).
Klik butang atas tiga kali (pada iPad dengan Face ID).
Pelajari dan berlatih menggunakan gerak isyarat VoiceOver
Anda boleh berlatih menggunakan gerak isyarat VoiceOver di kawasan istimewa tanpa mempengaruhi iPad atau setingnya. Apabila anda berlatih gerak isyarat, VoiceOver menerangkan gerak isyarat dan tindakan yang terhasil.
Cuba teknik berlainan untuk menentukan teknik yang terbaik bagi anda. Jika gerak isyarat tidak berfungsi, cuba pergerakan yang lebih cepat, terutamanya untuk dwiketik atau gerak isyarat leret. Untuk meleret, cuba sapu pada skrin dengan cepat dengan jari-jari anda. Untuk hasil terbaik menggunakan gerak isyarat berbilang jari, sentuh skrin dengan sedikit ruang di antara jari anda.
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > VoiceOver.
Aktifkan VoiceOver, ketik Latihan VoiceOver, kemudian dwiketik untuk bermula.
Berlatih gerak isyarat berikut dengan satu, dua, tiga dan empat jari:
Ketik
Dwiketik
Ketik tiga kali
Leret ke kiri, kanan, atas, atau bawah
Apabila anda selesai berlatih, ketik Selesai, kemudian dwiketik untuk keluar.