Ketahui maksud ikon status iPad
Ikon dalam bar status di bahagian atas skrin membekalkan maklumat tentang iPad:
Ikon status | Apakah maksudnya | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | Wi-Fi iPad mempunyai sambungan Internet Wi-Fi. Lebih banyak bar, lebih kuat sambungan. Lihat Sambungkan iPad ke rangkaian Wi-Fi. | ||||||||||
![]() | Isyarat selular iPad (model Wi-Fi + Cellular) dalam liputan rangkaian selular. Jika tiada isyarat, “Tiada servis” muncul. | ||||||||||
![]() | Mod Pesawat Mod Pesawat aktif. Ciri bukan wayarles tersedia, tetapi fungsi wayarles mungkin dinyahdayakan. Lihat Pilih seting iPad untuk melancong. | ||||||||||
![]() | LTE iPad (model Wi-Fi + Cellular) disambungkan ke Internet melalui rangkaian LTE 4G (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPad. | ||||||||||
![]() | 5G E Rangkaian 5G E pembawa anda tersedia dan model disokong boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua rantau). Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPad. | ||||||||||
![]() | 4G iPad (model Wi-Fi + Cellular) disambungkan ke Internet melalui rangkaian 4G (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPad. | ||||||||||
![]() | 3G iPad (model Wi-Fi + Cellular) disambungkan ke Internet melalui rangkaian 3G. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPad. | ||||||||||
![]() | EDGE iPad (model Wi-Fi + Cellular) disambungkan ke Internet melalui rangkaian EDGE. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPad. | ||||||||||
![]() | GPRS iPad (model Wi-Fi + Cellular) disambungkan ke Internet melalui rangkaian GPRS. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPad. | ||||||||||
![]() | Hotspot Peribadi iPad disambungkan ke Internet melalui Hotspot Peribadi peranti lain. Lihat Sertai Hotspot Peribadi. | ||||||||||
![]() | Penunjuk Hotspot Peribadi Gelembung atau bar biru yang menunjukkan bahawa iPad sama ada menyediakan Hotspot Peribadi atau Pencerminan Skrin, atau app menggunakan lokasi anda secara aktif. Lihat Kongsi sambungan Internet anda daripada iPad (Wi-Fi + cellular). | ||||||||||
![]() | Penunjuk Panggilan Gelembung atau bar hijau menunjukkan bahawa iPad sedang dalam panggilan. Lihat Buat dan terima panggilan telefon pada iPad. | ||||||||||
![]() | Penunjuk Rakaman Gelembung atau bar merah menunjukkan bahawa iPad sama ada merakam suara atau merakam skrin anda. Lihat Buat rakaman dalam Memo Suara pada iPad. | ||||||||||
![]() | Penyelarasan iPad sedang diselaraskan dengan komputer anda. Selaraskan iPad dengan komputer anda. | ||||||||||
![]() | Aktiviti Ada rangkaian atau aktiviti lain. Sesetengah app pihak ketiga menggunakan ikon untuk menunjukkan aktiviti app. | ||||||||||
![]() | VPN iPad bersambung kepada rangkaian menggunakan VPN. Lihat Gunakan VPN pada iPad. | ||||||||||
![]() | Kunci iPad dikunci. Lihat Akses ciri daripada skrin Kunci iPad. | ||||||||||
![]() | RTT RTT diaktifkan. Lihat Sediakan dan gunakan RTT pada iPad. | ||||||||||
![]() | Jangan Ganggu Jangan Ganggu diaktifkan. Lihat Setkan Jangan Ganggu pada iPad. | ||||||||||
![]() | Kunci orientasi Orientasi skrin dikunci. Lihat Tukar atau kunci orientasi skrin pada iPad. | ||||||||||
![]() | Perkhidmatan Lokasi App sedang menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Lihat Setkan app yang boleh mengakses lokasi anda pada iPad. | ||||||||||
![]() | Penggera Penggera disetkan. Lihat Setkan penggera atau jadual waktu tidur pada iPad. | ||||||||||
![]() | Fon kepala disambung iPad dipasangkan dengan fon kepala Bluetooth yang diaktifkan dan dalam lingkungan Bluetooth. Lihat Sediakan dan dengar fon kepala Bluetooth. | ||||||||||
![]() | Bateri Bluetooth Menunjukkan paras bateri peranti Bluetooth disokong yang dipasangkan. | ||||||||||
![]() | Bateri Menunjukkan paras bateri atau status pengecasan. Lihat Cas dan pantau bateri iPad. | ||||||||||
![]() | Bateri Mengecas Menunjukkan bateri iPad sedang dicas. Lihat Cas dan pantau bateri iPad. | ||||||||||
![]() | AirPlay AirPlay diaktifkan. Lihat Strim video dan foto ke Apple TV atau TV pintar secara wayarles daripada iPad. | ||||||||||
![]() | Kawalan Suara Kawalan Suara diaktifkan dalam Seting > Kebolehcapaian dan Siri sedia untuk permintaan anda. Lihat Kawal iPad dengan suara anda. |