Baru dalam iPadOS
Skrin Utama baru Skrin Utama telah direka bentuk untuk memanfaatkan paparan iPad besar. Tataletak yang diperhalusi membolehkan anda melihat lebih banyak app dan anda boleh pinkan widget Paparan Hari Ini kegemaran anda pada skrin Utama. Lihat Lihat dan susun Paparan Hari Ini.
Mod Gelap Pilihan Mod Gelap baru memberikan keseluruhan pengalaman iPadOS skema warna gelap yang cantik dan sesuai untuk persekitaran bercahaya malap. Aktifkan Mod Gelap daripada Pusat Kawalan dengan cepat, atau setkan untuk aktif pada waktu malam secara automatik. Apabila Mod Gelap diaktifkan, cahaya daripada peranti anda tidak akan mengganggu orang di sekeliling anda. Lihat Laraskan kecerahan dan warna skrin pada iPad.
Slide Over dan Split View Simpan berbilang app dalam Slide Over dan akses kegemaran anda dengan cepat dengan hanya satu leretan. Buka berbilang tetingkap daripada app yang sama dalam Split View—sesuai untuk bekerja pada dua dokumen secara sebelah-menyebelah. Lihat Buka dua item dalam Split View pada iPad dan Buka app dalam Slide Over pada iPad.
Ukur (iPadOS 13.4) Pada iPad Pro 11 inci (generasi ke-2) dan iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-4), anda boleh menggunakan Ukur untuk mengukur segera ketinggian orang. Anda juga boleh mengukur objek dan jarak dengan lebih tepat dengan panduan pinggir dan paparan pembaris. Lihat Ukur ketinggian orang dengan iPad dan Ukur dimensi dengan iPad.
Palet alat dan Penanda Gunakan set alat baru dalam palet direka bentuk semula yang anda boleh alihkan ke mana-mana sisi skrin. Tangkap gambar skrin keseluruhan halaman web, dokumen, atau e-mel dan tandakannya. Lihat Lukis dalam app dengan Penanda.
Sidecar Kembangkan ruang kerja Mac anda—dan kreativiti anda—dengan iPad dan Apple Pencil. Lihat Gunakan iPad sebagai paparan kedua untuk Mac anda.
Sokongan Trackpad dan tetikus (iPadOS 13.4) Anda boleh menggunakan Magic Trackpad, Magic Mouse dan peranti tetikus pihak ketiga untuk berinteraksi dengan iPad anda, atau anda boleh menggunakan trackpad terbina dalam Magic Keyboard untuk iPad. Lihat Tindakan dan gerak isyarat tetikus untuk iPad dan Gerak isyarat trackpad untuk iPad.
Fail Layari dan akses fail tersarang jauh dalam folder secara mudah dengan Paparan Lajur baru. Lihat pratonton resolusi tinggi fail dipilih dalam anak tetingkap Pratonton yang membolehkan anda melakukan Tindakan Cepat seperti tanda dan putar. Gunakan Pada iPad Saya untuk mencipta folder dan menyimpan fail yang berada pada pemacu setempat sahaja. Lihat Lihat fail dan folder dalam Fail.
Pengeditan teks iPadOS memudahkan untuk memilih dan mengedit teks dengan tepat menggunakan hanya jari anda. Lihat Pilih dan semak semula teks.
Papan Kekunci Cubit untuk mengecilkan papan kekunci dan alihkan papan kekunci ke tempat yang anda mahukan untuk penaipan satu tangan, kemudian gunakan QuickPath (tidak tersedia untuk semua bahasa) untuk memasukkan perkataan dengan meluncurkan jari anda daripada satu huruf ke huruf seterusnya. Lihat Masukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin.
Foto App foto yang direka bentuk semula memaparkan pustaka foto anda mengikut hari, bulan dan tahun supaya lebih mudah untuk melayari serta berkongsi foto dan video anda. Semasa anda skrol, Live Photos dan video dimainkan, menjadikan pustaka foto anda kelihatan hidup. Alat pengeditan serba baru memudahkan anda membuat perubahan pada foto dan video anda dan melihat sekilas pandang perubahan yang dilakukan. Lihat Lihat foto dan video dan Edit foto dan video.
Safari Ciri baru menjadikan Safari pada iPadOS suatu pengalaman pelayaran kelas desktop. Safari kini menunjukkan versi desktop kepada anda secara automatik supaya anda boleh menggunakan app web seperti Google Docs, Squarespace dan Wordpress. Lihat Tukar saiz teks, paparan dan seting tapak web.
Peta Dicipta semula sepenuhnya, Peta menampilkan butiran lebih realistik untuk jalan, pantai, taman dan bangunan. Terokai tempat yang anda mahu pergi sebelum anda pergi ke sana dengan Lihat Sekeliling, bina koleksi lokasi kegemaran anda, kongsi ETA anda dan banyak lagi. Lihat Lihat sekeliling dalam Peta, Cipta koleksi dan Kongsi ETA anda.
Daftar masuk dengan Apple Daftar masuk ke app dan tapak web dengan cepat dan mudah menggunakan Apple ID anda yang sedia ada. Tanpa mengisi borang atau mencipta kata laluan baru—hanya ketik butang Daftar masuk dengan Apple pada sebarang app atau pada tapak web yang mengambil bahagian, gunakan Face ID atau Touch ID untuk menyelesaikan daftar masuk dan anda telah selesai. Apple tidak menjejak profil anda dan melindungi Apple ID anda dengan pengesahan dua faktor. Lihat Daftar masuk dengan Apple.
Siri Suara baru Siri berbunyi lebih semula jadi, terutamanya apabila menyebut frasa yang lebih panjang. Siri menawarkan cadangan diperibadikan apabila mencari dalam Podcasts, Safari dan Maps dan anda boleh mengesan peringatan dalam Mesej. Lihat Minta Siri.
Animoji dan Memoji Tiga karakter Animoji baru—tikus, sotong kurita dan lembu—memberikan anda lebih pilihan untuk mengekspresikan diri anda. Jadikan Memoji anda satu daripada trilion dengan gaya rambut, hiasan kepala, solekan dan tindik. Jana pek pelekat secara automatik berdasarkan watak Animoji dan Memoji yang membolehkan anda mengekspresikan pelbagai perasaan dalam Mesej. Lihat Gunakan Animoji dan Memoji dalam Mesej.
Mesej Kongsi nama dan foto anda secara atuomatik apabila anda memulakan perbualan. Anda boleh menggunakan Animoji, imej, atau monogram untuk foto anda. Lihat Kongsi nama dan foto anda.
Umumkan Mesej (iPadOS 13.2) Apabila anda memakai AirPods Pro, AirPods (generasi ke-2), atau fon kepala lain yang disokong, Siri boleh membaca mesej masuk anda dan anda boleh menyebut balasan untuk Siri hantar. Lihat Dengar dan balas mesej.
Setkan had komunikasi (iPadOS 13.3) Gunakan Masa Skrin untuk mengehadkan orang yang anak anda boleh berkomunikasi dengan—dan orang yang boleh berkomunikasi dengan anak anda—sepanjang hari dan semasa masa henti. Lihat Setkan had komunikasi pada peranti ahli keluarga.
Perkongsian Audio Kongsi perkara yang anda sedang dengar dengan rakan yang juga memakai AirPods atau fon kepala atau fon telinga Beats yang serasi. Lihat Kongsi audio dengan AirPods dan fon kepala Beats.
App Store Langgan Apple Arked (tidak tersedia di semua negara atau rantau), perkhidmatan permainan yang memberikan anda akses ke permainan baru pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac dan Apple TV. Dengan langganan tunggal, anda boleh memuat turun dan memainkan sebarang permainan Apple Arked daripada App Store, tanpa iklan atau pembelian tambahan. Lihat Dapatkan app, permainan dan fon dalam App Store.
Apple TV+ Langgan dan tonton Apple Originals yang baru serta eksklusif, bebas iklan dan atas permintaan. Tonton Apple TV+ (tidak tersedia di semua negara atau rantau) dalam app Apple TV pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac, Apple TV dan TV pintar serta peranti penstriman yang disokong. Lihat Sediakan app Apple TV.
Fon Anda kini boleh mendapatkan fon daripada App Store untuk digunakan dalam dokumen yang anda cipta pada iPad. Lihat Pasang fon.
Peringatan App Peringatan serba baru memudahkan anda mencipta dan menyusun peringatan. Gunakan bar alat cepat untuk menambah tarikh, masa, lokasi, bendera, foto dan dokumen diimbas ke peringatan anda. Lihat Setkan peringatan.
Pintasan App Pintasan kini dibina dalam iPadOS dan merupakan rumah untuk semua pintasan anda. Mulakan dengan app Pintasan dengan menambah rutin harian diperibadikan untuk membantu memperkemas hari anda. Lihat Panduan Pengguna Pintasan.
Video Keselamatan HomeKit (iPadOS 13.2) Rakaman daripada kamera keselamatan rumah anda disulitkan hujung ke hujung dan disimpan secara selamat dalam iCloud. Hanya anda dan orang yang anda berkongsi rakaman boleh melihat rakaman. Lihat Sediakan kamera keselamatan dalam Rumah.
Prestasi Face ID membuka kunci iPad sehingga 30 peratus lebih pantas dan app dibuka sehingga dua kali lebih pantas. App daripada App Store dipakej dengan cara baru yang menjadikan app 50 peratus lebih kecil.
Privasi dan keselamatan Kawal lokasi data yang anda kongsi dengan app. Anda boleh memilih untuk memberi app akses kepada lokasi anda sekali atau bila-bila masa anda menggunakannya. Apabila anda menerima pemberitahuan tentang app yang menggunakan lokasi anda di latar belakang, anda boleh memutuskan sama ada untuk mengemas kini keizinan anda. Lihat Setkan app yang boleh mengakses lokasi anda.
Ketahui helah untuk iPadOS App Petua menambah cadangan baru dengan kerap supaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya iPad anda. Lihat Dapatkan petua.
Nota: Ciri baru dan app mungkin berbeza bergantung pada model iPad, rantau, bahasa dan pembawa anda.