Sediakan akaun mel, kenalan dan kalendar pada iPad
Sebagai tambahan kepada app yang didatangkan dengan iPad dan yang anda gunakan dengan iCloud, iPad berfungsi dengan Microsoft Exchange dan kebanyakan perkhidmatan mel, kenalan dan kalendar popular yang berasaskan Internet. Anda boleh menyediakan akaun untuk perkhidmatan ini.
Pergi ke Seting
> Kata Laluan & Akaun > Tambah Akaun.
Untuk menambah akaun mel, ketik perkhidmatan e-mel—sebagai contoh, Google, Yahoo, atau Aol.com—kemudian masukkan maklumat akaun e-mel anda.
Untuk menambah akaun kenalan atau kalendar, ketik Lain, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Kenalan menggunakan akaun LDAP atau CardDAV jika syarikat atau organisasi anda menyokongnya; lihat Gunakan akaun kenalan lain pada iPad
Kalendar menggunakan akaun kalendar CalDAV; anda juga boleh melanggan kalendar iCalendar (.ics) atau mengimportnya daripada Mail; lihat Sediakan berbilang kalendar pada iPad
Tambah akaun kenalan: Ketik Tambah Akaun LDAP atau Tambah Akaun CardDAV (jika syarikat atau organisasi anda menyokongnya), kemudian masukkan maklumat anda; lihat Gunakan akaun kenalan lain pada iPad.
Tambah akaun kalendar: Ketik Tambah Akaun CalDAV, kemudian masukkan maklumat anda; lihat Sediakan berbilang kalendar pada iPad.
Langgan ke kalendar iCal (.ics): Ketik Tambah Kalendar Dilanggan, kemudian masukkan URL fail .ics untuk dilanggan: atau import fail .ics daripada Mail.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan akaun Microsoft Exchange dalam persekitaran korporat, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Exchange ActiveSync pada iPhone, iPad, atau iPod touch.