Kongsi folder dan fail dalam iCloud Drive pada iPad
Selepas anda Menyediakan iCloud Drive, anda boleh menggunakan app Fail untuk berkongsi folder (iPadOS 13.4 atau lebih baru) dan fail individu dengan rakan dan rakan sekerja. Apabila anda berkongsi folder atau fail dengan iCloud Drive, anda hantar pautan ke item, bukan salinan. Apabila anda membuat perubahan pada folder atau fail, orang lain melihat perubahan anda secara automatik. Jika anda membenarkan orang membuat pengeditan, perubahan mereka juga muncul secara automatik.
Folder dan fail yang dikongsi dalam iCloud Drive mempunyai ciri-ciri penting ini:
Jika anda berkongsi folder, semua item yang ditambah ke folder tersebut oleh anda atau peserta lain dikongsikan secara automatik.
Pautan ke fail dikongsi disertakan namanya. Jika nama atau kandungan adalah sulit, pastikan anda meminta penerima agar tidak memajukan pautan kepada orang lain.
Jika anda memindahkan fail dikongsi ke folder atau lokasi lain, pautan tidak akan lagi berfungsi dan orang akan kehilangan akses kepada item.
Bergantung pada app, pengguna mungkin perlu membuka semula fail atau mengetik pautan asal untuk melihat perubahan terbaru.
Kongsi folder atau fail
Jika anda memiliki folder (iPadOS 13.4 atau lebih baru) atau fail dalam iCloud Drive, anda boleh menjemput orang lain untuk melihat atau menukar kandungannya.
Anda boleh berkongsi folder dan fail supaya hanya orang yang anda jemput boleh membukanya, atau sesiapa dengan pautan boleh membukanya.
Anda juga boleh membenarkan kandungan folder atau fail diubah, atau anda boleh mengehadkan akses supaya kandungan hanya boleh dilihat.
Apabila anda berkongsi folder, hanya orang yang anda jemput boleh mengakses fail dalam folder dikongsi. Untuk menjemput lebih banyak orang untuk mengakses fail, anda mesti menukar seting folder dikongsi untuk menambah lebih banyak peserta. Anda tidak boleh memilih fail individu dalam folder dikongsi dan menambah peserta padanya.
Sentuh dan tahan folder atau fail.
Ketik Kongsi , kemudian ketik Tambah Orang.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Benarkan hanya jemputan melihat dan mengedit kandungan: Ketik Pilihan Perkongsian, ketik “Hanya orang dijemput”, ketik “Boleh mengubah suai”, kemudian pilih kaedah—seperti Mesej atau Mail—untuk menghantar pautan ke folder atau fail kepada orang.
Benarkan hanya jemputan melihat kandungan: Ketik Pilihan Perkongsian, ketik “Hanya orang dijemput”, ketik “Lihat sahaja”, kemudian pilih kaedah untuk menghantar pautan.
Benarkan sesiapa dengan pautan melihat dan mengedit kandungan: Ketik Pilihan Perkongsian, ketik “Sesiapa dengan pautan”, ketik “Boleh mengubah suai”, kemudian pilih kaedah untuk menghantar pautan.
Benarkan sesiapa dengan pautan melihat kandungan: Ketik Pilihan Perkongsian, ketik “Sesiapa dengan pautan”, ketik “Lihat sahaja”, kemudian pilih kaedah untuk menghantar pautan.
Pilih cara anda mahu menghantar jemputan anda, kemudian ketik Hantar.
Jemput lebih banyak orang untuk berkongsi folder atau fail
Jika anda telah berkongsi folder (iPadOS 13.4 atau lebih baru) atau fail dan aksesnya disetkan ke “Hanya orang dijemput”, anda boleh berkongsinya dengan lebih banyak orang.
Sentuh dan tahan folder atau fail.
Ketik Kongsi , kemudian ketik Tunjukkan Orang.
Ketik Tambah Orang dan pilih kaedah untuk menghantar pautan.
Masukkan sebarang maklumat lain yang diminta, kemudian hantar atau siarkan jemputan.
Kongsi folder atau fail dengan lebih banyak orang menggunakan pautan
Jika anda mengeset akses ke folder dikongsi (iPadOS 13.4 atau lebih baru) atau fail ke “Sesiapa dengan pautan”, sesiapa dengan pautan boleh berkongsinya dengan orang lain.
Sentuh dan tahan folder atau fail.
Ketik Kongsi , ketik Tunjukkan Orang, kemudian ketik Hantar Pautan.
Pilih kaedah untuk menghantar pautan, masukkan sebarang maklumat lain yang diminta, kemudian hantar atau siarkan jemputan.
Tukar seting akses dan keizinan untuk semua orang
Jika anda pemilik folder dikongsi (iPadOS 13.4 atau lebih baru) atau fail, anda boleh menukar aksesnya pada bila-bila masa. Namun, semua orang yang anda berkongsi pautan akan terjejas.
Sentuh dan tahan folder atau fail.
Ketik Kongsi , ketik Tunjukkan Orang, kemudian ketik Pilihan Perkongsian.
Tukar salah satu atau kedua-dua pilihan.
Pilihan akses: Apabila anda menukar pilihan akses daripada “Sesiapa dengan pautan” kepada “Hanya orang dijemput”, pautan asal tidak lagi berfungsi untuk sesiapa sahaja dan hanya orang yang menerima jemputan baru daripada anda boleh membuka folder atau fail.
Pilihan keizinan: Apabila anda menukar pilihan keizinan, semua orang yang membuka fail semasa anda menukar keizinan akan melihat isyarat. Seting baru berkuatkuasa apabila isyarat ditutup.
Tukar seting akses dan keizinan untuk satu orang
Jika anda pemilik folder dikongsi (iPadOS 13.4 atau lebih baru) atau fail dan aksesnya disetkan ke “Hanya orang dijemput”, anda boleh menukar keizinan untuk seseorang tanpa menjejaskan keizinan orang lain. Anda juga boleh mengeluarkan akses seseorang.
Sentuh dan tahan folder atau fail.
Ketik Kongsi , kemudian ketik Tunjukkan Orang.
Ketik nama orang, kemudian pilih pilihan.
Berhenti berkongsi folder atau fail
Jika anda pemilik folder dikongsi (iPadOS 13.4 atau lebih baru), anda boleh berhenti berkongsinya.
Sentuh dan tahan folder atau fail.
Ketik Kongsi , kemudian ketik Tunjukkan Orang.
Ketik Henti Berkongsi.
Sesiapa yang membuka fail semasa anda berhenti berkongsi fail akan melihat isyarat. Item ditutup apabila isyarat ditutup, fail dikeluarkan daripada iCloud Drive seseorang dan pautan ke fail tidak lagi berfungsi. Jika anda berkongsi semula fail kemudian dan setkan akses kepada “Sesiapa dengan pautan”, pautan asal akan berfungsi. Jika akses disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, pautan asal berfungsi lagi untuk orang yang anda jemput semula untuk berkongsi item.