Gunakan paparan braille dengan VoiceOver pada iPad
Anda boleh menggunakan paparan braille Bluetooth untuk membaca output VoiceOver dan paparan braille dengan kekunci input dan kawalan lain untuk mengawal iPad apabila VoiceOver diaktifkan. Untuk senarai paparan braille disokong, lihat artikel Sokongan Apple Paparan braille yang disokong oleh iPhone, iPad dan iPod touch.
Sambungkan paparan braille
Aktifkan paparan braille.
Pada iPad, pergi ke Seting
> Bluetooth, aktifkan Bluetooth, kemudian pilih paparan.
Pada iPad, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > VoiceOver > Braille, kemudian pilih paparan.
Laraskan seting braille
Pada iPad, pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > VoiceOver > Braille.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih input atau output braille singkat, lapan titik tidak disingkatkan, atau enam titik tidak disingkatkan
Tambah jadual Braille yang muncul dalam rotor Jadual Braille
Aktifkan sel status dan pilih lokasinya
Aktifkan kod Nemeth untuk persamaan matematik
Paparkan papan kekunci atas skrin
Pilih untuk mendayakan halaman dipusing secara automatik semasa menyorot
Tukar terjemahan braille daripada Inggeris Disatukan
Tukar tempoh paparan isyarat
Laraskan tempoh nyahlantun kekunci (pemasaan yang digunakan antara menaip dan mengaktifkan perintah)
Output kapsyen tertutup dalam braille semasa main balik media
Pada iPad, pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > VoiceOver > Berjela.
Pilih Braille atau Pertuturan dan Braille.
Untuk mendapatkan maklumat tentang perintah biasa braille untuk navigasi VoiceOver dan untuk mendapatkan maklumat tertentu tentang sesetengah paparan, lihat artikel Sokongan Apple Perintah biasa braille untuk VoiceOver pada iPhone, iPad dan iPod touch anda.