Ketahui gerak isyarat untuk model iPad dengan Face ID
Ini adalah rujukan mudah untuk gerak isyarat yang anda gunakan bagi berinteraksi dengan iPad Pro 11 inci dan iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-3 dan lebih baru).
Nota: Kebanyakan gerak isyarat ini juga berfungsi pada iPad dengan butang Utama, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Gerak Isyarat | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | Pergi ke Utama. Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk kembali ke skrin Utama pada bila-bila masa (pada semua model iPad). Lihat Buka app pada skrin Utama iPad. | ||||||||||
![]() | Akses kawalan dengan cepat. Leret ke bawah dari penjuru kiri atas untuk membuka Pusat Kawalan; sentuh dan tahan kawalan untuk mendedahkan lebih pilihan (pada semua model iPad). Untuk menambah atau mengeluarkan item, pergi ke Seting > Pusat Kawalan > Sesuaikan Kawalan. Lihat Gunakan dan sesuaikan Pusat Kawalan pada iPad. | ||||||||||
![]() | Buka Penukar App. Leret ke atas dari pinggir bawah, jeda di tengah skrin, kemudian angkat jari anda (pada semua model iPad). Untuk melayari app terbuka, leret ke kanan, kemudian ketik app yang anda mahu gunakan. Lihat Tukar antara app pada iPad. | ||||||||||
![]() | Tukar antara app terbuka. Leret ke kiri atau kanan di sepanjang pinggir bawah skrin untuk menukar antara app terbuka dengan cepat. (Pada iPad dengan butang Utama, leret dengan sedikit lengkung.) Lihat Tukar antara app pada iPad. | ||||||||||
![]() | Buka Dock daripada dalam app. Leret ke atas dari pinggir bawah skrin dan jeda untuk mendedahkan Dock (pada semua model iPad). Untuk membuka app lain dengan cepat, ketiknya dalam Dock. Lihat Buka app daripada Dock. | ||||||||||
![]() | Minta Siri. Hanya sebut, “Hai Siri.” Atau tekan dan tahan butang atas dan buat permintaan anda. Siri mendengar sehingga anda melepaskan butang. Lihat Minta Siri pada iPad. | ||||||||||
![]() | Gunakan Pintasan Kebolehcapaian. Klik butang atas tiga kali. Lihat Gunakan pintasan kebolehcapaian pada iPad. | ||||||||||
![]() | Ambil gambar skrin. Tekan dan lepas butang atas dan butang naikkan kelantangan dengan cepat secara serentak. Lihat Ambil gambar skrin atau rakaman skrin pada iPad. | ||||||||||
![]() | Matikan. Tekan dan tahan butang atas dan salah satu butang kelantangan serentak sehingga gelangsar muncul, kemudian seret gelangsar atas untuk mematikan kuasa. Atau pergi ke Seting > Umum > Tutup. Lihat Hidupkan dan matikan iPad. | ||||||||||
![]() | Mulakan semula secara paksa. Tekan dan lepaskan butang tingkatkan kelantangan, tekan dan lepaskan butang turunkan kelantangan, kemudian tekan dan tahan butang atas sehingga logo Apple muncul. Lihat Mulakan semula iPad secara paksa. |
Jika anda menggunakan Magic Trackpad atau Magic Mouse, lihat Gerak isyarat trackpad untuk iPad atau Tindakan dan gerak isyarat tetikus untuk iPad untuk gerak isyarat yang berfungsi pada trackpad atau tetikus anda.