Gunakan iPad sebagai paparan kedua untuk Mac anda
Dengan Sidecar, anda boleh mengembangkan ruang kerja Mac anda dengan menggunakan iPad sebagai paparan kedua. Ruang kerja yang dikembangkan membenarkan anda untuk melakukan yang berikut:
Gunakan app berlainan pada skrin lain.
Gunakan app yang sama pada kedua-dua skrin. Sebagai contoh, anda boleh melihat karya seni anda pada skrin Mac anda sementara anda menggunakan Apple Pencil serta alat dan palet app pada iPad.
Cerminkan skrin supaya Mac dan iPad memaparkan kandungan yang sama.
Sidecar memerlukan macOS Catalina dan iPadOS 13 pada model disokong.
Gunakan Sidecar
Pastikan anda mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama pada Mac anda dan iPad berhampiran.
Gunakan salah satu daripada sambungan berikut:
Wayarles: Pastikan Mac anda dan iPad anda diaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth. Peranti anda juga mesti berada dalam julat Bluetooth antara satu sama lain (kira-kira 33 kaki atau 10 meter).
USB: Sambungkan Mac dan iPad anda menggunakan kabel USB yang bersesuaian.
Klik menu AirPlay dalam bar menu pada Mac anda, kemudian pilih iPad anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Gunakan menu Sidecar pada Mac: Anda boleh menukar cara anda bekerja dengan iPad dengan mudah daripada menu Sidecar dalam bar menu. Sebagai contoh, bertukar antara menggunakan iPad sebagai paparan dicerminkan atau berasingan, atau tunjukkan atau sembunyikan bar sisi atau Touch Bar pada iPad.
Alihkan tetingkap daripada Mac ke iPad: Seret tetingkap ke pinggir skrin hingga penuding muncul pada iPad anda. Atau tahan penuding di atas butang hijau di penjuru kiri atas tetingkap, kemudian pilih Alihkan ke [nama iPad].
Alihkan tetingkap daripada iPad ke Mac: Seret tetingkap ke pinggir skrin hingga penuding muncul pada Mac anda. Atau tahan penuding di atas butang hijau di penjuru kiri atas tetingkap, kemudian pilih Alihkan Tetingkap Kembali ke Mac.
Gunakan bar sisi pada iPad: Dengan jari atau Apple Pencil anda, ketik ikon dalam bar sisi untuk menunjukkan atau menyembunyikan bar menu , Dock , atau papan kekunci . Atau ketik satu atau lebih kekunci pengubah suai, seperti Ctrl , untuk menggunakan pintasan papan kekunci.
Gunakan Touch Bar pada iPad: Dengan jari atau Apple Pencil anda, ketik mana-mana butang dalam Touch Bar. Butang yang tersedia berbeza bergantung pada app atau tugas.
Gunakan Apple Pencil pada iPad: Dengan Apple Pencil anda, ketik untuk memilih item seperti perintah menu, kotak semak, atau fail.
Jika anda mengaktifkan “Dayakan dwiketik pada Apple Pencil” dalam keutamaan Sidecar pada Mac, anda boleh dwiketik bahagian bawah Apple Pencil anda (generasi ke-2) untuk menukar alat lukisan dalam sesetengah app. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Apple Pencil dengan iPad atau iPad Pro anda.
Gunakan gerak isyarat standard pada iPad: Gunakan jari anda untuk mengetik, menyentuh dan menahan, meleret, menskrol dan mengezum.
Pada iPad, bertukar antara desktop Mac dan skrin Utama iPad: Untuk menunjukkan skrin Utama, leret ke atas daripada bahagian pinggir bawah iPad anda. Untuk kembali ke desktop Mac, ketik ikon Sidecar dalam Dock pada iPad anda.
Apabila anda bersedia untuk berhenti menggunakan iPad anda, ketik ikon Putuskan Sambungan di bahagian bawah bar sisi pada iPad.
Anda juga boleh memutuskan sambungan daripada menu Sidecar dalam bar menu dan dalam keutamaan Sidecar dan keutamaan Paparan pada Mac anda.
Tukar keutamaan Sidecar
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Sidecar.
Pilih daripada pilihan yang berikut:
Tunjukkan, alihkan, atau sembunyikan bar sisi pada iPad anda: Untuk menunjukkan bar sisi, pilih Tunjukkan Bar Sisi, kemudian untuk mengalihkan bar sisi, klik menu timbul dan pilih lokasi. Untuk menyembunyikan bar sisi, nyahpilih Tunjukkan Bar Sisi.
Tunjukkan, alihkan, atau sembunyikan Touch Bar pada iPad anda: Untuk menunjukkan Touch Bar, pilih Tunjukkan Touch Bar, kemudian untuk mengalihkan Touch Bar, klik menu timbul dan pilih lokasi. Untuk menyembunyikan Touch Bar, nyahpilih Tunjukkan Touch Bar.
Apabila anda menggunakan app yang menyokong Touch Bar pada iPad anda, Touch Bar ditunjukkan di lokasi yang anda tentukan. Butang yang tersedia dalam Touch Bar berbeza bergantung pada app dan tugas semasa.
Dayakan dwiketik pada Apple Pencil: Pilih kotak semak supaya anda dapat dwiketik bahagian bawah Apple Pencil (generasi kedua) untuk menukar alat lukisan dalam sesetengah app. (Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Apple Pencil dengan iPad atau iPad Pro anda.)
Pilih iPad untuk disambungkan: Jika anda mempunyai lebih daripada satu iPad tersedia, klik menu timbul “Sambung ke”, kemudian pilih iPad yang anda mahu.