Tukar papan kekunci bahasa daripada papan kekunci luaran pada iPad
Semasa menggunakan papan kekunci luaran dengan iPad, anda boleh bertukar antara papan kekunci Bahasa Inggeris, Emoji dan papan kekunci bahasa lain yang anda tambah.
Bertukar antara papan kekunci bahasa
Pada papan kekunci luaran, tekan dan tahan Shift-Control.
Tekan bar Space untuk mengitar menerusi papan kekunci bahasa.
Dengan Magic Keyboard untuk iPad dan Smart Keyboard, anda juga boleh menekan untuk bertukar daripada satu papan kekunci kepada yang lain.
Bertukar antara skrip Latin dan bahasa lain dengan cepat
Jika anda telah menambah papan kekunci Bahasa Cina, Korea, Jepun atau Ibrani, anda boleh menekan kekunci Caps Lock untuk menukar antara skrip Latin dan papan kekunci lain yang anda sedang gunakan.
Nota: Untuk menghalang kekunci Caps Lock daripada menukar bahasa, pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Perkakasan, kemudian nyahaktifkan Tukar Bahasa menggunakan Caps Lock.
Tetapkan tataletak alternatif pada papan kekunci bahasa
Anda boleh menggunakan tataletak papan kekunci alternatif yang tidak sepadan dengan kekunci pada papan kekunci luaran anda.
Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Perkakasan, ketik bahasa di bahagian atas skrin, kemudian pilih tataletak alternatif daripada senarai.