Sediakan Masa Skrin untuk diri anda pada iPad
Dengan Masa Skrin, anda boleh mengesetkan peruntukan dan had untuk penggunaan app anda, menjadualkan masa henti dan banyak lagi. Anda boleh menukar atau menyahktifkan sebarang seting ini bila-bila masa.
Setkan masa henti
Anda boleh menyekat app dan pemberitahuan dalam tempoh yang anda tidak mahu menggunakan peranti anda.
Pergi ke Seting > Masa Skrin.
Ketik Aktifkan Masa Skrin, ketik Teruskan, kemudian ketik Ini iPad Saya.
Ketik Masa Henti, kemudian aktifkan Masa Henti.
Pilih Setiap Hari atau Sesuaikan Hari, kemudian setkan masa mula dan tamat.
Setkan had app
Anda boleh mengesetkan masa henti untuk kategori app (contohnya, Permainan atau Rangkaian Sosial) dan untuk app individu.
Pergi ke Seting > Masa Skrin.
Jika anda belum mengaktifkan Masa Skrin, ketik Aktifkan Masa Skrin, ketik Teruskan, kemudian ketik Ini iPad Saya.
Ketik Had App, kemudian ketik Tambah Had.
Pilih satu atau lebih kategori app.
Untuk mengesetkan had untuk app individu, ketik nama kategori untuk melihat semua app dalam kategori itu, kemudian pilih app yang anda mahu hadkan. Jika anda memilih berbilang kategori atau app, had masa yang anda setkan digunakan untuk semua pilihan anda.
Ketik Seterusnya, kemudian setkan jumlah masa yang dibenarkan.
Untuk mengesetkan jumlah masa untuk setiap hari, ketik Sesuaikan Hari, kemudian setkan had untuk hari tertentu.
Untuk mengesetkan had untuk lebih app dan kategori, ketik Pilih App, kemudian ulang langkah 5.
Apabila anda selesai mengeset had, ketik Tambah untuk kembali ke skrin Had App.
Untuk menyahaktifkan semua had app buat sementara, ketik Had App pada skrin Had App. Untuk menyahaktifkan had untuk kategori tertentu, ketik kategori, kemudian ketik Had App. Untuk mengeluarkan had untuk kategori, ketik kategori itu, kemudian ketik Padam Had.
Setkan had komunikasi
Dalam iOS 13.3, iPadOS 13.3, atau lebih baru, anda boleh menyekat komunikasi masuk dan keluar—termasuk panggilan telefon, panggilan FaceTime dan mesej—daripada kenalan khusus di iCloud, sama ada sepanjang masa atau semasa tempoh khusus.
Jika anda belum mengaktifkan Kenalan di iCloud, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Kenalan.
Pergi ke Seting > Masa Skrin.
Jika anda belum mengaktifkan Masa Skrin, ketik Aktifkan Masa Skrin, ketik Teruskan, kemudian ketik Ini iPad Saya.
Ketik Had Komunikasi, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Hadkan komunikasi pada bila-bila masa: Ketik Semasa Masa Skrin, kemudian pilih Kenalan Sahaja. Kenalan & Kumpulan dengan Sekurang-kurangnya Seorang Kenalan, atau Semua Orang.
Had komunikasi semasa masa henti: Ketik Semasa Masa Henti. Pilihan yang anda pilih untuk Semasa Masa Skrin telah disetkan di sini. Anda boleh menukar seting ini ke Kenalan Khusus.
Jika anda memilih Kenalan Khusus, kemudian ketik sama ada Pilih Daripada Kenalan Saya atau Tambah Kenalan Baru untuk memilih orang yang anda mahu benarkan komunikasi semasa masa henti.
Jika orang yang sedang disekat oleh seting Had Komunikasi anda cuba untuk memanggil anda (melalui telefon atau FaceTime), atau menghantar mesej kepada anda, komunikasi mereka akan gagal.
Jika anda cuba memanggil atau menghantar mesej kepada seseorang yang sedang disekat oleh seting Had Komunikasi, nama atau nombor mereka kelihatan merah dengan ikon jam pasir Masa Skrin dan komunikasi anda akan gagal. Jika had hanya digunakan pada masa henti, anda menerima mesej Had Masa. Anda boleh meneruskan komunikasi dengan kenalan apabila masa henti tamat.
Untuk meneruskan komunikasi dengan kenalan yang disekat oleh seting Had Komunikasi anda, tukar seting dengan mengikuti langkah di atas.
Pilih app yang anda mahu benarkan pada setiap masa
Anda boleh menentukan app yang anda mahu gunakan pada bila-bila masa (contohnya, jika berlaku kecemasan), walaupun ketika masa henti.
Pergi ke Seting > Masa Skrin.
Jika anda belum mengaktifkan Masa Skrin, ketik Aktifkan Masa Skrin, ketik Teruskan, kemudian ketik Ini iPad Saya.
Ketik Sentiasa Dibenarkan, kemudian ketik atau bersebelahan app untuk menambah atau mengeluarkannya daripada senarai App Dibenarkan.
Setkan pengehadan kandungan dan privasi
Anda boleh menyekat kandungan yang tidak sesuai dan mengesetkan pengehadan untuk pembelian iTunes Store dan App Store.
Pergi ke Seting > Masa Skrin.
Jika anda belum mengaktifkan Masa Skrin, ketik Aktifkan Masa Skrin, ketik Teruskan, kemudian ketik Ini iPad Saya.
Ketik Pengehadan Kandungan & Privasi, aktifkan Pengehadan Kandungan & Privasi, kemudian ketik pilihan untuk mengesetkan peruntukan kandungan bagi pembelian iTunes Store dan App Store, penggunaan app, penilaian kandungan dan seterusnya.
Anda juga boleh mengesetkan kod laluan yang diperlukan sebelum menukar seting.
Untuk berkongsi seting dan laporan Masa Skrin merentas semua peranti anda, pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama dan Kongsi Merentas Peranti diaktifkan.