Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Simpan draf dalam Mail pada iPad
Dalam app Mail , anda boleh menyimpan draf untuk disiapkan kemudian, atau lihat e-mel sedia ada semasa anda menulis yang baru.
Simpan draf untuk kemudian
Jika anda menulis e-mel dan mahu menyiapkannya kemudian, ketik Batal, kemudian ketik Simpan Draf. Untuk mendapatkannya kembali, sentuh dan tahan , kemudian ketik draf dalam senarai.
Dengan OS X 10.10 atau lebih baru, anda juga boleh menyerahkan e-mel yang tidak siap dengan Mac anda. Lihat Serahkan tugas antara iPad dan Mac anda.
Lihat e-mel lain semasa anda sedang menulis e-mel
Leret ke bawah pada bar tajuk e-mel yang anda sedang tulis.
Apabila anda bersedia untuk kembali ke e-mel anda, ketik tajuknya di bahagian bawah skrin.
Jika anda mempunyai lebih daripada satu e-mel menunggu untuk disiapkan, ketik bahagian bawah skrin untuk melihat kesemuanya.
