Gunakan pintasan pada papan kekunci luaran dengan iPad
Anda boleh menggunakan pintasan papan kekunci pada papan kekunci luaran untuk melaksanakan tindakan berikut pada iPad.
Bertukar antara app dengan cepat: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian tekan Tab sehingga anda mencapai app yang anda mahu buka.
Buka Carian: Tekan Command-Space.
Lihat lebih banyak pintasan papan kekunci: Tekan dan tahan kekunci Command untuk melihat pintasan untuk app yang anda gunakan.
Untuk menggunakan pintasan papan kekunci tambahan, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Papan Kekunci > Akses Papan Kekunci Penuh, kemudian aktifkan Akses Papan Kekunci Penuh. Lihat Kawal iPad dengan papan kekunci luaran.
Nota: Anda boleh menukar tindakan yang dilaksanakan oleh kekunci pengubah suai seperti Command dan Caps Lock. Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Perkakasan, ketik Kekunci Pengubah Suai, ketik kekunci, kemudian pilih tindakan yang anda mahu ia laksanakan.