Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar akses app ke maklumat pada iPad
Anda boleh membenarkan app dan ciri yang mempunyai akses ke data dalam app seperti Kenalan, Foto dan Rumah serta daripada ciri seperti mikrofon dan Bluetooth.
Pergi ke Seting
> Privasi.
Ketik kategori data, seperti Kalendar, Peringatan, atau Mikrofon.
Senarai menunjukkan app dan ciri yang meminta akses kepada data, bersama dengan tahap akses yang anda benarkan.
Ketik app atau ciri, kemudian pilih tahap akses berbeza atau tolak akses.
Semak terma dan dasar privasi untuk setiap app pihak ketiga untuk memahami cara ia menggunakan data yang dimintanya. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal privasi dan Perkhidmatan Lokasi.