Setkan peringatan pada iPad
Dalam app Peringatan , anda boleh mencipta dan menyusun peringatan untuk menjejak semua perkara yang perlu dilakukan. Gunakannya untuk senarai beli-belah, projek di tempat kerja, tugas di rumah dan apa-apa yang anda mahu jejak. Cipta subtugas, setkan bendera, tambah lampiran dan pilih masa dan tempat untuk menerima peringatan. Anda juga boleh menggunakan senarai pintar untuk menyusun peringatan anda secara automatik.
Pastikan peringatan anda terkini pada semua peranti anda dengan iCloud
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Peringatan.
Peringatan iCloud anda—dan sebarang perubahan yang anda lakukan padanya—kelihatan pada iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch dan Mac anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda.
Nota: Jika anda menggunakan versi Peringatan lebih awal, anda mungkin perlu menaik taraf peringatan iCloud anda untuk menggunakan ciri seperti lampiran, bendera, subtugas, senarai kumpulan, warna dan ikon senarai dan banyak lagi. Untuk menaik taraf, ketik butang Naik Taraf bersebelahan akaun iCloud anda dalam Peringatan. (Anda mungkin perlu mengetik Senarai di bahagian kiri atas untuk melihat akaun iCloud anda.)
Peringatan yang dinaik taraf tidak serasi ke belakang dengan app Peringatan dalam versi lebih lama iOS dan macOS.
Peringatan yang dinaik taraf tidak serasi ke belakang dengan app Peringatan dalam versi lebih lama iOS dan macOS. Lihat Bersedia untuk app Peringatan baru.
Tambah peringatan
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Tambahkan lobak ke senarai runcit saya.” Ketahui cara meminta Siri.
Atau lakukan yang berikut dalam senarai:
Ketik Peringatan Baru, kemudian masukkan teks.
Gunakan bar alat cepat di atas papan kekunci untuk melakukan mana-mana yang berikut:
Jadualkan tarikh atau masa: Ketik , kemudian pilih tarikh untuk peringatan sepanjang hari atau ketik Tersuai untuk mengesetkan tarikh dan masa untuk peringatan.
Tambah lokasi: Ketik , kemudian pilih tempat anda mahu diingatkan—contohnya, apabila anda bertolak dari tempat kerja atau tiba di rumah.
Setkan bendera: Ketik untuk menandakan peringatan penting.
Lampirkan foto atau dokumen diimbas: Ketik , kemudian ambil foto baru, pilih foto sedia ada daripada pustaka foto anda, atau imbas dokumen.
Untuk menambah lebih butiran ke peringatan, ketik , kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah nota: Dalam medan Nota, masukkan lebih info tentang peringatan.
Tambah pautan web: Dalam medan URL, masukkan alamat web. Peringatan memaparkan pautan sebagai imej kecil yang anda boleh ketik untuk pergi ke tapak web.
Dapatkan pemberitahuan semasa berbual dengan seseorang dalam Mesej: Aktifkan “Ingatkan saya semasa menghantar mesej”, kemudian pilih seseorang daripada senarai kenalan anda. Peringatan muncul pada kali seterusnya anda berbual dengan orang itu dalam Mesej.
Setkan keutamaan: Ketik Keutamaan, kemudian pilih pilihan.
Ketik Selesai.
Petua: Dengan OS X 10.10 atau lebih baru, anda boleh menyerahkan peringatan apabila anda mengedit antara Mac dan iPad anda.
Tandakan peringatan sebagai selesai
Ketik bulatan kosong bersebelahan peringatan.
Peringatan yang diselesaikan disembunyikan pada kali seterusnya anda melihat senarai. Untuk nyahsembunyikan peringatan yang diselesaikan, ketik , kemudian ketik Tunjukkan Diselesaikan.
Alihkan atau padam peringatan
Susun semula peringatan dalam senarai: Sentuh dan tahan peringatan yang anda mahu alihkan, kemudian seretnya ke lokasi baru.
Cipta subtugas: Leret ke kanan pada peringatan, kemudian ketik Inden. Atau seret peringatan ke peringatan lain.
Jika anda memadam atau mengalihkan tugas induk, subtugas juga dipadam atau dialihkan. Jika anda menyelesaikan tugas induk, subtugas juga diselesaikan.
Alihkan peringatan ke senarai berlainan: Ketik peringatan, ketik , ketik Senarai, kemudian pilih senarai.
Padam peringatan: Leret ke kiri pada peringatan, kemudian ketik Padam.
Untuk memulihkan peringatan yang dipadam, goncang untuk membuat asal atau leret ke kiri dengan tiga jari.
Tukar seting Peringatan anda
Pergi ke Seting > Peringatan.
Pilih pilihan seperti yang berikut:
Senarai Lalai: Pilih senarai untuk peringatan baru yang anda cipta di luar senarai tertentu, seperti peringatan yang anda cipta menggunakan Siri.
Peringatan Hari Ini: Setkan masa untuk menunjukkan peringatan dalam Paparan Hari Ini untuk peringatan sepanjang hari yang telah ditetapkan tarikh tanpa masa.
Tunjukkan Peringatan sebagai Terlewat: Tarikh yang dijadualkan bertukar merah untuk peringatan sepanjang hari yang terlewat.