Gunakan Beats Flex anda
Apabila anda memakai Beats Flex, anda boleh menggunakan kawalan untuk memainkan, menjeda, melaraskan kelantangan, menjawab panggilan telefon, menggunakan Siri dan banyak lagi.

Beats Flex menampilkan bud telinga magnet yang memainkan atau menjeda media secara automatik—atau menjawab atau menamatkan panggilan—apabila anda melampirkan atau memisahkan bud telinga kiri dan kanan daripada satu sama lain.
Cas Beats Flex
Lihat Cas Beats Flex.
Aktifkan atau nyahaktifkan Beats Flex
Tekan dan tahan butang kuasa pada modul kawalan kanan selama satu saat.
Pasangkan Beats Flex dengan peranti Apple atau Android anda
Lihat Pasangkan Beats.
Mainkan audio pada Beats Flex
Pakai Beats Flex anda dan pastikan ia disambungkan peranti Apple atau Android anda.
Pergi ke app audio, kemudian mainkan sesuatu—contohnya, lagu dalam app Muzik
atau episod dalam app Podcast
.
Gunakan butang sistem pada modul kawalan kiri untuk melakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan dan jeda audio: Tekan butang. Untuk meneruskan main balik, tekannya lagi.
Anda juga boleh melekatkan bud telinga anda dengan satu sama lain untuk menjeda main balik, kemudian memisahkannya untuk meneruskan main balik. Untuk menukar seting ini, lihat Aktifkan atau nyahaktifkan main/jeda dan menjawab panggilan automatik Beats Flex.
Mainkan trek seterusnya: Tekan butang dua kali.
Mainkan trek sebelumnya: Tekan butang tiga kali.
Maju pantas menerusi trek: Tekan butang dua kali dan tahan pada tekanan kedua.
Putar balik trek: Tekan butang tiga kali dan tahan pada tekanan ketiga.
Tukar kelantangan pada Beats Flex

Gunakan butang kelantangan modul kawalan kiri untuk melakukan mana-mana yang berikut:
Tingkatkan kelantangan: Tekan (atau tekan dan tahan) bahagian atas butang kelantangan.
Kurangkan kelantangan: Tekan (atau tekan dan tahan) bahagian bawah butang kelantangan.
Nota: Untuk mengawal kelantangan panggilan, gunakan kawalan kelantangan pada peranti Apple atau Android anda.
Buat dan jawab panggilan pada Beats Flex
Gunakan butang pada modul kawalan kiri untuk melakukan mana-mana yang berikut:
Buat panggilan menggunakan Siri atau pembantu suara lain: Pastikan anda telah menyediakan Siri. Tekan dan tahan butang, kemudian apabila anda mendengar bunyi, sebutkan sesuatu seperti “Panggil telefon bimbit Eliza”.
Jawab atau tamatkan panggilan: Apabila anda menerima panggilan, tekan butang. Untuk menamatkan panggilan, tekan butang lagi.
Anda juga boleh melampirkan bud telinga magnet anda kepada satu sama lain untuk menamatkan panggilan, atau memisahkannya untuk menjawab panggilan. Untuk menukar seting ini, lihat Aktifkan atau nyahaktifkan main/jeda dan menjawab panggilan automatik Beats Flex.
Jawab panggilan masuk kedua dan tahan panggilan pertama atau bertukar antara dua panggilan aktif: Tekan butang.
Tolak panggilan masuk: Tekan dan tahan butang (selama lebih kurang satu saat).
Hantar audio daripada bud telinga anda ke peranti Apple atau Android anda: Tekan butang dua kali.
Minta Siri pada Beats Flex
Sediakan Siri (jika anda belum berbuat demikian).
Tekan dan tahan butang pada modul kawalan kiri, kemudian apabila anda mendengar bunyi, buat permintaan anda.
Ketahui cara menukar seting anda untuk mengaktifkan Siri atau untuk menggunakan Siri bagi mengumumkan panggilan atau pemberitahuan pada Beats anda.