Sambungkan Beats anda

Jika anda telah menyediakan Beats anda dengan peranti Apple atau Android, Beats anda bersambung secara automatik ke peranti lain anda yang anda daftar masuk dengan Akaun Apple yang sama (peranti Apple) atau dipautkan dengan akaun Gmail anda (peranti Android).

  1. Buka bekas pengecasan anda dengan bud telinga anda di dalamnya atau hidupkan fon kepala, Beats Flex atau speaker anda.

  2. Lakukan satu daripada berikut:

    • iPhone atau iPad: Pergi ke Seting  > Bluetooth , kemudian pastikan Bluetooth diaktifkan. Jika peranti Beats anda tidak bersambung, ketik Tidak Disambungkan.

    • Mac: Pilih menu Apple  > Seting Sistem, klik Bluetooth , pastikan Bluetooth diaktifkan, kemudian pilih Beats yang anda sambungkan.

    • Apple TV: Pada kawalan jauh anda, tekan dan tahan butang TV untuk membuka Pusat Kawalan, pilih butang Kawalan Audio, kemudian pilih Beats yang anda mahu gunakan.

    • Apple Watch: Pergi ke Seting  > Bluetooth , kemudian pastikan Bluetooth diaktifkan. Jika peranti Beats anda tidak bersambung, ketik Tidak Disambungkan.

    • Peranti Android: Ikuti sebarang arahan pada skrin untuk Fast Pair atau pergi ke Seting Android > Sambungan > Bluetooth, pastikan Bluetooth diaktifkan, kemudian pilih Beats yang anda mahu sambungkan.

    Jika anda tidak melihat fon kepala, fon telinga atau speaker anda dalam seting Bluetooth, letakkan Beats anda dalam mod penemuan, kemudian ketik nama Beats anda apabila ia kelihatan (atau ikuti arahan atas skrin dalam animasi persediaan).