Tambah widget app Beats ke Skrin Utama peranti Android anda
Widget menunjukkan anda maklumat semasa daripada app kegemaran anda sekilas pandang. Tambah widget app Beats ke Skrin Utama peranti Android anda untuk melihat butiran peranti Beats anda, termasuk paras bateri, kawalan bunyi (pada Beats disokong) dan banyak lagi.
Tambah widget app Beats ke Skrin Utama anda
Pada peranti Android anda, pergi ke halaman Skrin Utama yang anda mahu tambahkan widget app Beats, kemudian sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama.
Di bahagian bawah skrin, ketik Widget.
Ketik Beats, ketik saiz widget, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Sentuh dan tahan widget, kemudian seretnya ke lokasi lain pada skrin.
Ketik Tambah untuk menambah widget ke kedudukan tersedia yang seterusnya pada skrin.
Nota: Langkah untuk menambah dan menyesuaikan widget mungkin berbeza merentas versi Android yang berlainan. Lihat Tapak web sokongan Bantuan Android.
Gunakan widget app Beats
Pada Skrin Utama peranti Android anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tunjukkan skrin peranti dalam app Beats: Ketik widget.
Tukar antara paras bateri, pembatalan bunyi, ketelusan, atau kawalan lain: Ketik anak panah kecil dalam widget.
Kawalan yang tersedia adalah berdasarkan Beats yang sedang bersambung ke app Beats. Jika peranti Beats anda tidak bersambung, widget memaparkan logo app Beats. Mengetik widget membuka app.