Batalkan Berpasangan Beats
Jika Beats anda tidak berfungsi seperti yang dijangka, pastikan peranti Android yang dipasangkan dengannya dikemas kini terlebih dahulu. Kemudian cuba batalkan berpasangannya.
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting
, ketik nama Beats anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian ketik Lupakan Peranti Ini. Ini mengeluarkan Beats daripada semua peranti yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Mac: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik nama Beats anda dalam bar sisi, kemudian klik Lupakan Peranti Ini.Apple Watch: Pergi ke app Seting
> Bluetooth, ketik
, kemudian ketik Lupakan Peranti untuk mengeluarkan Beats daripada semua peranti yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Apple TV: Pergi ke Seting
> Remote dan Peranti > Bluetooth, kemudian pilih Beats anda. Pilih Lupakan Peranti ini.
Peranti Android: Pergi ke Seting Android > Sambungan > Bluetooth, ketik butang Seting di sebelah nama Beats anda, kemudian ketik Batalkan Berpasangan. Dalam pemberitahuan yang kelihatan, ketik Batalkan Berpasangan.
Selepas anda membatalkan berpasangan Beats anda, pasangkannya lagi ke peranti Apple atau Android anda. Jika isu berterusan, cuba reset Beats anda.