Tukar seting mikrofon Beats
Pada Beats disokong, anda boleh mengesetkan bilangan butang ditekan untuk menyenyapkan/menyahsenyapkan mikrofon anda semasa panggilan telefon.
Tukar seting mikrofon pada iPhone atau iPad
Pakai Beats anda (atau hidupkan speaker Beats Pill anda) dan pastikan ia disambungkan ke iPhone atau iPad anda.
Pergi ke Seting
, kemudian ketik nama Beats anda berdekatan bahagian atas skrin.
Ketik Senyap & Nyahsenyap, kemudian ketik tindakan:
Tekan Sekali: Menyenyapkan atau menyahsenyapkan mikrofon apabila anda menekan
, butang di atas logo
pada Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +, atau butang tengah pada Beats Pill.
Tekan Dua Kali: Menyenyapkan atau menyahsenyapkan mikrofon apabila anda menekan dua kali pada
, butang di atas logo
pada Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +, atau butang tengah pada Beats Pill.
Ketik Balik
, ketik Mikrofon, kemudian pilih pilihan:
Tukar Secara Automatik: Menukar mikrofon antara bud telinga kiri dan kanan secara automatik apabila anda mengeluarkan bud telinga.
Sentiasa Bud Telinga Kiri: Menetapkan mikrofon pada bud telinga kiri.
Sentiasa Bud Telinga Kanan: Menetapkan mikrofon pada bud telinga kanan.
Tukar seting mikrofon pada Mac
Pakai Beats anda (atau hidupkan speaker Beats Pill anda) dan pastikan ia disambungkan ke Mac anda.
Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik nama Beats anda dalam bar sisi.Klik menu timbul Senyap & Nyahsenyap, kemudian pilih tindakan:
Tekan Sekali: Menyenyapkan atau menyahsenyapkan mikrofon apabila anda menekan
, butang di atas logo
pada Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +, atau butang tengah pada Beats Pill.
Tekan Dua Kali: Menyenyapkan atau menyahsenyapkan mikrofon apabila anda menekan dua kali pada
, butang di atas logo
pada Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +, atau butang tengah pada Beats Pill.
Klik menu timbul Mikrofon, kemudian pilih pilihan:
Tukar Secara Automatik: Menukar mikrofon antara bud telinga kiri dan kanan secara automatik apabila anda mengeluarkan bud telinga.
Sentiasa Kiri: Menetapkan mikrofon pada bud telinga kiri.
Sentiasa Kanan: Menetapkan mikrofon pada bud telinga kanan.
Tukar seting mikrofon pada peranti Android
Pakai Beats anda (atau hidupkan speaker Beats Pill anda) dan pastikan ia disambungkan ke peranti Android anda.
Pergi ke app Beats
. (Jika peranti Beats anda tidak kelihatan, ketik , kemudian ketik Beats Saya.)Skrol ke bawah, ketik Senyap & Nyahsenyap, kemudian ketik tindakan:
Tekan Sekali: Menyenyapkan atau menyahsenyapkan mikrofon apabila anda menekan
, butang di atas logo
pada Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +, atau butang tengah pada Beats Pill.
Tekan Dua Kali: Menyenyapkan atau menyahsenyapkan mikrofon apabila anda menekan dua kali pada
, butang di atas logo
pada Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +, atau butang tengah pada Beats Pill.
Ketik Automatik, kemudian pilih tindakan:
Tukar Bud Secara Automatik: Menukar mikrofon antara bud telinga kiri dan kanan secara automatik apabila anda mengeluarkan bud telinga.
Sentiasa Bud Kiri: Menetapkan mikrofon pada bud telinga kiri.
Sentiasa Bud Kanan: Menetapkan mikrofon pada bud telinga kanan.