Gunakan Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit anda
Apabila anda memakai Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit, anda boleh menggunakan kawalan untuk memainkan, menjeda, melaraskan kelantangan, menjawab panggilan telefon, bertukar antara mod pembatalan bunyi dan ketelusan, menggunakan Siri dan banyak lagi.

Apabila anda mengeluarkan Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit daripada bekas pengecasan, ia diaktifkan dan sedia untuk digunakan.
Beats Fit Pro dan atau Powerbeats Fit mengesan apabila ia berada dalam telinga anda dan memainkan audio secara automatik. Main balik dijeda apabila anda mengeluarkan satu bud telinga dan diteruskan apabila anda memakainya; main balik berhenti apabila anda mengeluarkan kedua-dua bud telinga. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Pengesanan Telinga Automatik dalam seting.
Cas Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit
Pasangkan Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit dengan peranti Apple atau Android anda
Lihat Pasangkan Beats.
Main audio pada Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit
Pakai Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit anda dan pastikan ia disambungkan ke peranti Apple atau Android anda.
Pergi ke app audio, kemudian mainkan sesuatu—contohnya, lagu dalam app Muzik
atau episod dalam app Podcast
.
Lakukan mana-mana yang berikut menggunakan salah satu bud telinga:
Mainkan dan jeda audio: Tekan
. Untuk meneruskan main balik, tekannya lagi.
Mainkan trek seterusnya: Tekan
dua kali.
Mainkan trek sebelumnya: Tekan
tiga kali.
Tukar kelantangan pada Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Sebut “Hai Siri”, kemudian apabila anda mendengar bunyi, sebut sesuatu seperti “Turunkan kelantangan”. Anda juga boleh menyeret gelangsar kelantangan dalam Pusat Kawalan atau gunakan kawalan kelantangan dalam app audio anda atau butang kelantangan pada peranti anda.
Untuk menggunakan
bagi mengawal kelantangan pada Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit, lihat Tukar tindakan tekan dan tahan kelantangan pada iPhone atau iPad.
Peranti Android: Gunakan Google Assistant (atau pembantu suara lain) untuk menyebut sesuatu seperti “Turunkan kelantangan”. Anda juga boleh menggunakan kawalan kelantangan dalam app audio anda atau butang kelantangan pada peranti anda.
Untuk menggunakan
bagi mengawal kelantangan, lihat Tukar tindakan tekan dan tahan kelantangan pada peranti Android.
Untuk mendapatkan pengalaman terbaik, pastikan anda telah menyediakan Siri pada iPhone atau iPad atau pembantu suara anda pada Android anda.
Tukar antara mod pembatalan hingar dan ketelusan pada Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit
Tekan dan tahan
pada mana-mana satu bud telinga untuk bertukar antara Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) dan Ketelusan.
Nada dimainkan apabila mod pendengaran berubah.
Anda boleh menyahaktifkan Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) dan Ketelusan menggunakan mod pendengaran Tak Aktif (tidak didayakan secara lalai). Untuk mengitar antara Tak Aktif, Ketelusan dan Pembatalan Bunyi, lihat Tukar seting tekan dan tahan Beats.
Nota: Anda juga boleh menukar antara mod pendengaran menggunakan peranti Apple atau Android anda.
Menyahaktifkan ANC dan mod Ketelusan memaksimumkan hayat bateri.
Untuk menyesuaikan tindakan tekan dan tahan pada Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit, lihat Tukar seting tekan dan tahan Beats.
Dengar Audio Ruang pada Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit
Buat dan jawab panggilan pada Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit
Lakukan mana-mana yang berikut menggunakan salah satu bud telinga:
Buat panggilan menggunakan Siri atau pembantu suara lain: Pastikan anda telah menyediakan Siri. Tekan dan tahan
, kemudian apabila anda mendengar bunyi, sebutkan sesuatu seperti “Panggil telefon bimbit Eliza”.
Jawab atau tamatkan panggilan: Apabila anda menerima panggilan, tekan
. Untuk menamatkan panggilan, tekan
dua kali.
Jawab panggilan masuk kedua dan tahan panggilan pertama atau bertukar antara dua panggilan aktif: Tekan
.
Tolak panggilan masuk: Tekan dan tahan
.
Senyapkan atau nyahsenyapkan mikrofon: Semasa panggilan, tekan
. Untuk menyahsenyap, tekannya lagi.
Hantar audio daripada bud telinga anda ke peranti anda: Tekan
dua kali.
Untuk menyesuaikan tindakan tamatkan panggilan, senyapkan/nyahsenyapkan serta tekan dan tahan pada Beats Fit Pro, lihat Sesuaikan kawalan pada Beats anda.
Minta Siri pada Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit
Sediakan Siri (jika anda belum berbuat demikian).
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Sebut “Hai Siri”.
Tekan dan tahan
pada mana-mana bud telinga.
Apabila anda mendengar bunyi, buat permintaan anda.
Ketahui cara menukar seting anda untuk mengaktifkan Siri atau untuk menggunakan Siri bagi mengumumkan panggilan atau pemberitahuan pada Beats anda.