Gunakan Beats anda
Selain melaraskan audio daripada app yang anda gunakan dengan Beats, anda boleh menggunakan kawalan pada fon kepala, fon telinga atau speaker anda untuk melakukan perkara seperti menjeda dan meneruskan main balik, melangkau trek, bertukar antara mod kawalan bunyi, menjawab panggilan, menggunakan Siri dan banyak lagi.
Ketahui cara menggunakan Beats anda:
Jika anda tidak pasti Beats yang anda miliki, lihat Peranti Beats mana yang saya ada?
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan peranti Beats lebih awal, seperti Beats Studio Buds, Powerbeats Pro atau speaker Beats Pill+, pergi ke beatsbydre.com/support.
Hadkan kelantangan
Anda boleh memantau dan mengehadkan kelantangan Beats anda menggunakan iPhone atau iPad anda. Lihat Semak paras fon kepala anda dalam Panduan Pengguna iPhone.
Anda juga boleh mengehadkan kelantangan pada peranti Android tertentu. Lihat dokumentasi peranti Android anda.