Maklumat keselamatan dan pengendalian penting untuk Beats Pill
AMARAN: Kegagalan untuk mematuhi arahan keselamatan ini boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kerosakan pada Beats Pill atau harta lain. Baca semua maklumat keselamatan di bawah sebelum menggunakan Beats Pill.
Pengendalian. Kendalikan Beats Pill dengan berhati-hati. Beats Pill mengandungi komponen elektronik sensitif, termasuk bateri dan boleh menjadi rosak, terjejas kefungsian, atau menyebabkan kecederaan jika terjatuh, terbakar, bocor, hancur, dipisahkan bahagiannya atau jika terdedah kepada haba atau cecair yang berlebihan atau kepada persekitaran yang mempunyai paras bahan kimia industri yang tinggi, termasuk gas cecair yang hampir menyejat seperti helium. Jangan gunakan Beats Pill yang rosak.
Bateri. Bateri Beats Pill sepatutnya hanya dibaiki oleh juruteknik terlatih untuk mengelakkan kerosakan bateri, yang boleh menyebabkan kepanasan melampau, kebakaran atau kecederaan. Bateri sepatutnya hanya dikitar semula atau dilupuskan secara berasingan daripada sisa buangan rumah menurut undang-undang dan garis panduan alam sekitar tempatan. Untuk mendapatkan maklumat servis bateri dan kitar semula, lihat Tapak web Servis Bateri dan Kitar Semula.
Pengecasan. Cas Beats Pill dengan kabel pengecasan USB-C dan penyesuai kuasa atau komputer. Hanya cas menggunakan penyesuai yang mematuhi USB dan kawal selia negara serta standard keselamatan antarabangsa dan rantau yang berkenaan. Penyesuai lain mungkin tidak mematuhi standard keselamatan dan mengecas dengan penyesuai begitu boleh menyebabkan risiko kematian atau kecederaan. Menggunakan kabel atau pengecas yang rosak atau mengecas semasa wujud kelembapan boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kerosakan pada Beats Pill atau harta benda lain.
Pendedahan haba berpanjangan. Elakkan sentuhan berpanjangan pada kulit dengan peranti, penyesuai kuasanya dan kabel pengecasan serta penyambung apabila dipalam ke sumber kuasa kerana ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan atau kecederaan. Contohnya, semasa Beats Pill dicas menggunakan kabel pengecasan dan penyesuai kuasa, jangan duduk atau tidur di atas peranti, kabel pengecasan, penyambung atau penyesuai kuasa, atau meletakkannya di bawah selimut, bantal atau badan anda. Beri penjagaan khusus jika anda mempunyai keadaan fizikal yang memberi kesan ke atas kebolehan anda mengesan haba ke atas badan anda.
Elakkan kerosakan pendengaran. Mendengar bunyi pada kelantangan tinggi mungkin merosakkan pendengaran anda secara kekal. Bising latar belakang dan pendedahan berterusan ke paras kelantangan tinggi, dapat membuat bunyi lebih perlahan daripada yang sebenar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kehilangan pendengaran, lihat tapak web Bunyi dan Pendengaran.
Gangguan peranti perubatan. Beats Pill mengandungi magnet dan/atau komponen dan radio yang mengeluarkan medan elektromagnetik. Medan elektromagnetik ini mungkin mengganggu peranti perubatan. Rujuk doktor dan pengeluar peranti perubatan anda untuk mendapatkan maklumat khusus kepada peranti perubatan anda dan sama ada anda perlu mengekalkan jarak pengasingan yang selamat antara peranti perubatan dan Beats Pill anda. Pengeluar selalunya memberikan pengesyoran tentang penggunaan selamat peranti mereka di sekeliling produk wayarles atau magnetik untuk menghalang kemungkinan gangguan. Jika anda mengesyaki Beats Pill mengganggu peranti perubatan anda, berhenti menggunakan Beats Pill anda.
Bahaya tercekik. Sesetengah aksesori Beats Pill mungkin mendatangkan bahaya tercekik kepada kanak-kanak kecil. Jauhi aksesori ini daripada kanak-kanak kecil.
Amaran. Jika anda menggunakan Beats Pill dengan lanyard atau tali lain, berhati-hati bagi memastikan lanyard atau tali tidak tersangkut pada objek lain.
Maklumat pengendalian penting. Untuk mendapatkan maklumat tentang pendedahan kepada cecair dan membersihkan Beats Pill serta kabel pengecasan, lihat Jaga Beats anda.