Reset Beats
Jika anda mempunyai isu bunyi, berpasangan atau pengecasan dengan Beats anda, pastikan peranti yang dipasangkan dengannya dikemas kini terlebih dahulu. Kemudian cuba resetnya. (Kadang kala rakan robot kami hanya memerlukan but semula.)
Reset Beats Fit Pro atau Powerbeats Fit
Letakkan kedua-dua bud telinga di dalam bekas pengecasan dan biarkan bekas dibuka.
Tekan dan tahan butang sistem selama 15 saat (sehingga lampu berdenyar merah dan putih), kemudian lepaskan butang.
Reset Beats Flex
Tekan dan tahan butang kelantangan pada modul kawalan kiri dan butang kuasa di sebelah kanan modul kawalan selama 15 saat (sehingga lampu berdenyar), kemudian lepaskan butang.
Reset Beats Solo 4
Tekan dan tahan butang turunkan kelantangan (pada penutup telinga kiri) dan butang kuasa (pada penutup telinga kanan) selama 10 saat.
Apabila lampu berdenyar merah dan putih, lepaskan butang.
Reset Beats Solo Buds
Letakkan kedua-dua bud telinga di dalam bekas dan biarkan bekas dibuka.
Tekan dan tahan butang di atas logo
pada kedua-dua bud telinga untuk sekurang-kurangnya 10 saat.
Reset Beats Studio Buds +
Letakkan kedua-dua bud telinga di dalam bekas pengecasan dan biarkan bekas dibuka.
Tekan dan tahan butang sistem pada bekas selama 15 saat (sehingga lampu berdenyar merah dan putih), kemudian lepaskan butang.
Reset Beats Studio Pro
Pada penutup telinga kanan, tekan dan tahan butang sistem selama 10 saat, kemudian lepaskan butang.
Semua lima lampu berdenyar putih, kemudian satu lampu berdenyar merah—jujukan ini berlaku tiga kali. Selepas ia direset, Beats Studio Pro dihidupkan secara automatik.
Reset Beats 360
Pada penutup telinga kiri, tekan dan tahan kedua-dua Butang Kuasa dan butang mod Pendengaran selama 10 saat sehingga lampu status berkelip lima kali, kemudian lepaskan butang.
Reset Powerbeats Pro 2
Letakkan kedua-dua bud telinga di dalam bekas pengecasan dan biarkan bekas dibuka.
Tekan dan tahan butang sistem pada bekas selama 15 saat (sehingga lampu berdenyar merah dan putih), kemudian lepaskan butang.
Reset Beats Pill
Lakukan salah satu daripada berikut:
Reset Beats Pill dan kekalkan seting anda (peranti dipasangkan dan sebarang nama tersuai): Tekan dan tahan butang tengah
selama sekurang-kurangnya 10 saat.
Reset Beats Pill dan seting: Tekan dan tahan butang tengah
dan butang turunkan kelantangan
selama sekurang-kurangnya 15 saat.
Selepas speaker anda direset dan sedia untuk dipasangkan, isyarat berpasangan dimainkan buat seketika dan lampu berdenyar putih.
Selepas anda mereset Beats anda, pasangkannya sekali lagi ke peranti Apple atau Android anda.
Nota: Jika anda menghadapi isu mereset Beats anda, hubungi Sokongan Apple.