Bermula dengan ciri kebolehcapaian pada peranti Apple
Ciri kebolehcapaian terbina dalam pada Beats anda boleh meningkatkan pengalaman pendengaran anda, sama ada anda mendengar muzik kegemaran anda atau cuba mendengar perbualan dalam bilik yang sesak.

Ini beberapa cara anda boleh bermula:
Dengar merentas bilik
Dengar Secara Langsung menggunakan iPhone atau iPad anda sebagai mikrofon yang menghantar bunyi terus ke Beats anda. Ini berfungsi walaupun merentas bilik, oleh itu Dengar Secara Langsung boleh membantu anda mendengar syarahan dari baris belakang kelas atau memudahkan anda mendengar perbualan dalam bilik yang sesak. Lihat Gunakan Dengar Secara Langsung dengan Beats dan iPhone atau iPad.
Mainkan bunyi latar belakang
Mainkan bunyi latar belakang yang menenangkan untuk membantu anda bertenang atau fokus. Anda boleh memilih daripada senarai bunyi, seperti Hujan atau Lautan dan melaraskan kelantangan. Lihat Gunakan iPhone, iPad atau Mac anda untuk memainkan bunyi latar belakang pada Beats.
Laraskan nada isyarat
Beats anda memainkan nada isyarat yang berbeza apabila disambungkan ke (atau diputuskan sambungan daripada) peranti, apabila bateri rendah, apabila bertukar antara pembatalan bunyi dan ketelusan (jika tersedia), serta seterusnya. Lihat Laraskan kelantangan isyarat audio untuk Beats.
Tukar seting kebolehcapaian
Selepas anda menyediakan Beats, anda boleh melaraskan seting kebolehcapaian.
Pilih mana-mana daripada ciri berikut: