Tukar seting tekan dan tahan Beats
Anda boleh menyesuaikan perkara yang dilakukan oleh tindakan tekan dan tahan pada Beats disokong. Contohnya, anda boleh mengesetkan butang kiri di atas logo pada Beats Studio Buds + atau butang “b”
pada Beats Fit Pro untuk bertukar antara mod kawalan bunyi dan mengesetkan butang kanan untuk mengaktifkan Siri atau pembantu suara lain.

Tukar tindakan tekan dan tahan butang pada iPhone atau iPad
Pakai Beats anda dan pastikan ia disambungkan ke iPhone atau iPad anda.
Pergi ke Seting
, kemudian ketik nama Beats anda berdekatan bahagian atas skrin.
Ketik Tekan dan Tahan, kemudian Bud Telinga Kiri atau Bud Telinga Kanan.
Ketik tindakan yang anda mahu tetapkan:
Kawalan Bunyi: Bertukar antara mod kawalan bunyi (Tak Aktif, Ketelusan dan Pembatalan Bunyi) apabila anda menekan dan menahan
atau butang di atas logo
(pada Beats Studio Buds +).
Siri: Mengaktifkan Siri apabila anda menekan dan menahan
atau butang di atas logo
(pada Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +).
Tukar tindakan tekan dan tahan kelantangan pada iPhone atau iPad
Pakai Beats anda dan pastikan ia disambungkan ke iPhone atau iPad anda.
Pergi ke Seting
, kemudian ketik nama Beats anda berdekatan bahagian atas skrin.
Ketik Tekan dan Tahan, kemudian ketik suis Kawalan Kelantangan untuk mengaktifkannya.
Ketik Bud Telinga Kiri atau Bud Telinga Kanan, kemudian ketik Naikkan Kelantangan atau Turunkan Kelantangan.
Kawalan yang berlawanan digunakan secara automatik pada bud telinga yang lain.
Tukar tindakan tekan dan tahan butang pada Mac
Pakai Beats anda dan pastikan ia disambungkan ke Mac anda.
Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik nama Beats anda dalam bar sisi.Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tetapkan kawalan bunyi atau Siri pada bud telinga kiri atau kanan: Klik menu timbul bersebelahan L atau R, kemudian pilih Kawalan Bunyi atau Siri. Pilihan Kawalan Bunyi membolehkan anda mengitar menerusi mod kawalan bunyi (Tak Aktif, Ketelusan dan Pembatalan Bunyi) apabila anda menekan dan menahan
atau butang di atas logo
(pada Beats Studio Buds +).
Tetapkan kawalan kelantangan pada bud telinga kiri atau kanan: Aktifkan Kawalan Kelantangan, klik menu timbul bersebelahan L atau R, kemudian pilih Naikkan Kelantangan atau Turunkan Kelantangan.
Tukar tindakan tekan dan tahan butang pada peranti Android
Pakai Beats anda dan pastikan ia disambungkan ke peranti Android anda.
Pergi ke app Beats
. (Jika peranti Beats anda tidak kelihatan, ketik , kemudian ketik Beats Saya.)Skrol ke bawah, kemudian ketik Tekan dan Tahan.
Ketik Kiri atau Kanan, kemudian pilih tindakan:
Kawalan Bunyi: Bertukar antara mod Pembatalan Bunyi Aktif dan Ketelusan apabila anda menekan dan menahan
atau butang di atas logo
(pada Beats Studio Buds +).
Pembantu Suara: Mengaktifkan pembantu suara peranti Android anda apabila anda menekan dan menahan
atau butang di atas logo
(pada Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +).
Tukar tindakan tekan dan tahan kelantangan pada peranti Android
Pakai Beats anda dan pastikan ia disambungkan ke peranti Android anda.
Pergi ke app Beats
. (Jika peranti Beats anda tidak kelihatan, ketik , kemudian ketik Beats Saya.)Skrol ke bawah, kemudian ketik Tekan dan Tahan.
Ketik suis Kawalan Kelantangan untuk mengaktifkannya.
Ketik Kiri atau Kanan, kemudian ketik Naikkan Kelantangan atau Turunkan Kelantangan.
Kawalan yang berlawanan digunakan secara automatik pada bud telinga yang lain.
Nota: Apabila Kawalan Kelantangan diaktifkan, mod kawalan bunyi (pada peranti disokong) dan Siri (atau pembantu suara lain) tidak tersedia.