
Ambil bahagian dalam ciri beta dalam Apple Business Manager
Anda boleh mengambil bahagian dalam percubaan ciri beta dalam Apple Business Manager. Apabila anda mengambil bahagian, anda membantu Apple menilai ciri baharu dengan menguji infrastruktur IT, rangkaian dan pengguna terpilih anda untuk memastikan bahawa anda boleh menyokong pekerja dan kakitangan apabila ciri tersebut dikeluarkan daripada beta.
Lihat dan aktifkan ciri beta
Dalam Apple Business Manager
, daftar masuk dengan akaun anda.Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, kemudian pilih Ciri Beta
.Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika sesiapa dalam organisasi anda dengan keistimewaan pentadbir AppleSeed untuk IT telah menerima terma dan syarat AppleSeed untuk IT, pilih Dayakan untuk ciri beta tertera dalam Apple Business Manager.
Jika tiada sesiapa dalam organisasi anda telah menerima terma dan syarat AppleSeed untuk IT, pilih Mulakan Pendaftaran, daftar masuk ke AppleSeed untuk IT dan terima terma dan syarat.