Selesaikan konflik penyegerakan akaun pengguna Google Workspace dalam Apple Business Manager
Menggunakan Auto Gabung
Semasa kali pertama anda menggunakan Google Workspace untuk menyegerakkan akaun pengguna ke dalam Apple Business Manager, Auto Gabung seharusnya dilumpuhkan dan semua konflik akaun pengguna seharusnya diselesaikan secara manual.
Penting: Jika Auto Gabung dihidupkan, akaun baharu digabungkan dengan akaun pengguna sedia ada dalam Apple Business Manager.
Jika anda memutuskan sambungan daripada Google Workspace dan menyambung semula, anda boleh memilih sama ada ingin menggabungkan akaun pengguna Google Workspace atau tidak. Selepas semua akaun pengguna disegerakkan ke Apple Business Manager, anda boleh memilih untuk melumpuhkan Auto Gabung bagi mengelakkan sebarang masalah penggabungan akaun pengguna.
Konflik penyegerakan boleh berlaku dalam salah satu daripada cara berikut:
Sambungan Google Workspace Sync telah dinyahsambungkan dan disambung semula, serta satu akaun pengguna Apple Business Manager telah diimport menggunakan Google Workspace Sync.
Akaun pengguna Apple Business Manager mempunyai nilai ID Individu dan Akaun Apple Terurus yang sepadan dengan nama pengguna Google Workspace yang cuba anda import menggunakan Google Workspace Sync.
Selesaikan konflik penyegerakan akaun pengguna Google Workspace secara manual
Jika anda mempunyai akaun pengguna yang berkonflik dengan Google Workspace, anda boleh menyelesaikan konflik itu secara manual.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan , kemudian pilih Akaun Apple Terurus .
Di bawah bahagian Google Workspace Sync, baca mesej Konflik Akaun dengan teliti, kemudian pilih Selesaikan.
Pilih butang Muat Turun Konflik untuk memuat turun senarai konflik akaun, kemudian semak konflik tersebut.
Jika akaun yang mempunyai konflik adalah serupa antara satu sama lain dalam Google Workspace dan Apple Business Manager, pilih Gabung.