
Perihal Akaun Apple Terurus dalam Apple Business Manager
Gambaran Keseluruhan
Akaun Apple Terurus berfungsi seperti Akaun Apple tetapi direka khusus untuk dimiliki dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi meningkatkan produktiviti pekerja serta menyediakan perkhidmatan yang mungkin diperlukan oleh pengguna. Akaun ini berasingan daripada Akaun Apple peribadi (tidak terurus) yang dicipta oleh pengguna untuk diri mereka. Hal ini membantu untuk memastikan pengasingan data organisasi daripada data peribadi dengan kawalan pengurusan yang kukuh.
Hal ini juga termasuk pentadbiran berdasarkan peranan dan—dalam keadaan tertentu—mengeset semula kata laluan. Akaun ini juga memberikan akses kepada iCloud dan kerjasama dengan iWork, Notes dan Peringatan.
Akhir sekali, Apple Business Manager memudahkan organisasi untuk mencipta dan mengurus akaun ini secara besar‑besaran. Oleh seban Apple Business Manager berintegrasi dengan persekitaran sedia ada, anda boleh memberikan Akaun Apple Terurus kepada pengguna menggunakan bukti kelayakan organisasi sedia ada mereka—contohnya, Google Workspace, Microsoft Entra ID atau pembekal identiti anda (IdP). Kemudian, anda boleh menyegerakkan akaun pengguna.
Cara Akaun Apple Terurus dicipta
Akaun Apple Terurus boleh dicipta untuk sebarang domain menggunakan kaedah berikut:
Mencipta akaun secara manual
Konfigurasi dan hidupkan pengesahan penyepaduan dengan Google Workspace, Microsoft Entra ID atau pembekal identiti (IdP)
Segerakkan dengan Google Workspace
Segerakkan menggunakan Open ID Connect (OIDC) dengan Microsoft Entra ID
Lihat Segerakkan akaun pengguna daripada Microsoft Entra ID.
Segerakkan menggunakan Open ID Connect (OIDC) atau Sistem untuk Pengurusan Identiti Melangkaui Domain (SCIM) dengan IdP anda
Penting: Harap maklum bahawa setiap Akaun Apple Terurus hendaklah unik. Akaun juga tidak boleh sama dengan Akaun Apple lain yang mungkin sudah dimiliki oleh pengguna lain.
Cara Akaun Apple Terurus digunakan
Seperti Akaun Apple tidak terurus (peribadi), Akaun Apple Terurus boleh digunakan untuk mendaftar masuk pada peranti Apple yang khusus atau dikongsi dan untuk mengakses perkhidmatan Apple tertentu—termasuk iPad Yang Dikongsi, iCloud dan kerjasama dengan iWork, Nota dan Peringatan.
Akaun Apple Terurus juga boleh ditugaskan peranan tertentu. Peranan ini menentukan jenis tugasan yang boleh dilakukan oleh pengguna dalam Apple Business Manager.
Oleh sebab mana-mana pengguna dengan peranan Pentadbir atau mana-mana Pengurus, anda menggunakan Akaun Apple Terurus dengan dua cara utama—dengan akaun pengguna dan peranan.
Akaun: Pengguna dengan peranan Pentadbir boleh melengkapkan pelbagai tugasan untuk mengurus akaun pengguna. Contohnya, anda boleh menugaskan peranan atau menugaskan peranti kepada pengguna.
Peranan : Peranan membantu untuk menentukan akses pengguna.
Untuk maklumat lanjut, lihat Pengenalan kepada peranan dan keistimewaan.
Akses dengan Akaun Apple Terurus
Akaun Apple Terurus mempunyai akses kepada banyak teknologi, app dan perkhidmatan Apple. Atas sebab privasi, Akaun Apple Terurus juga disekat daripada mengakses app dan perkhidmatan tertentu. Untuk mendapatkan senarai akses, lihat:
Akaun Apple peribadi yang dipadamkan
Jika Akaun Apple tidak terurus (peribadi) melalui proses permintaan pemadaman formal, akaun tersebut tidak boleh dicipta semula atau digunakan sebagai Akaun Apple Terurus selama enam tahun, walaupun organisasi telah mengesahkan dan menangkap domain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara memadamkan Akaun Apple anda.
Set semula kata laluan Akaun Apple Terurus
Bergantung pada cara Akaun Apple Terurus dicipta, reset kata laluan boleh dilengkapkan dalam Apple Business Manager atau—jika disambungkan kepada pembekal identiti (IdP)—melalui IdP.
Jika set semula dilakukan melalui Apple Business Manager:
Pengguna dengan Akaun Apple Terurus boleh dikunci keluar daripada akaun jika mereka memasukkan kata laluan yang salah lebih daripada 10 kali atau jika Apple mengesyaki terdapat aktiviti penipuan pada akaun mereka. Untuk mereset kata laluan mereka, pengguna perlu menghubungi mana-mana pengguna dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu. Untuk pengguna yang dikunci kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan, pengguna Apple Business Manager dengan peranan Pentadbir perlu menghubungi Apple untuk membuka kunci akaun itu. Pada ketika itu, kata laluan pengguna boleh direset oleh pengguna dengan peranan Pentadbir.