
Tambah Pengurus Kandungan ke lokasi dalam Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, ia adalah mudah untuk anda menambah peranan Pengurus Kandungan ke lokasi. Dalam lokasi yang ditugaskan kepada mereka, Pengurus Kandungan boleh memindahkan lesen untuk app dan buku serta mengurus pembelian pukal, walaupun mereka pada asalnya tidak membeli kandungan tersebut.
Dengan memilih lokasi daripada menu timbul, Pengurus Kandungan menyatakan bahawa mereka mahu memindahkan lesen ke lokasi tersebut. Jika lokasi tidak disenaraikan, mereka tidak mempunyai kebenaran Pengurus Kandungan untuk lokasi itu. Mereka perlu menghubungi pentadbir yang ditunjukkan dalam tetingkap dan meminta agar kebenaran Pengurus Kandungan ditambahkan pada akaun mereka bagi lokasi yang anda mahu mengurus lesen app. Pengurus Kandungan dengan akses kepada berbilang lokasi kemudian boleh memindahkan lesen antara lokasi.
Lesen yang ditugaskan dalam perkhidmatan pengurusan peranti pada masa ini masih disenaraikan sebagai ditugaskan dan tidak tersedia. Apabila dibatalkan tugasan, lesen tersebut akan ditunjukkan sebagai tersedia untuk pemindahan dalam App dan Buku.
Oleh sebab semua pengguna dengan peranan Pentadbir mempunyai akses kepada semua lokasi, adalah disyorkan supaya merekalah yang memperbaharui token untuk semua lokasi sekali gus. Satu lagi sebab untuk menggunakan Pentadbir ialah mereka juga mungkin orang yang mengurus mana-mana perkhidmatan pengurusan peranti.