Segerakkan pengguna dari Google Workspace ke Apple Business Manager
Anda boleh mengimport pengguna dari Google Workspace ke dalam Apple Business Manager. Apabila ini berlaku, anda menggabungkan sifat Apple Business Manager (seperti peranan) dengan data akaun pengguna yang diimport dari Google Workspace. Maklumat akaun ditambahkan sebagai baca sahaja sehingga anda mematikan penyegerakan. Pada masa itu, akaun menjadi akaun manual dan ciri dalam akaun ini kemudiannya boleh diedit. Penyegerakan awal mengambil masa lebih lama untuk dilakukan berbanding kitaran yang berikutnya.
Nota: Penyegerakan kumpulan pengguna tidak disokong.
Akaun pengguna Google Workspace dan Apple Business Manager
Apabila pengguna disegerakkan dari Google Workspace ke Apple Business Manager, peranan lalai ialah Kakitangan. Selepas penyegerakan lengkap, hanya atribut pengguna Peranan boleh diedit. Atribut ini disimpan dengan akaun pengguna dalam Apple Business Manager dan tidak ditulis kembali ke Google Workspace.
Sebelum anda bermula
Sebelum anda bermula, anda mesti lakukan yang berikut:
Konfigurasikan dan hidupkan pengesahan penyepaduan. Lihat Gunakan pengesahan penyepaduan dengan Google Workspace.
Hidupkan Google Workspace Sync
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian pilih Penyegerakan Direktori .
Hidupkan Google Workspace Sync.
Segerakkan secara manual
Anda boleh menyegerakkan Apple Business Manager ke Google Workspace secara manual untuk mengimport sebarang perubahan yang dibuat dalam Google Workspace.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian pilih Penyegerakan Direktori .
Pilih Segerakkan Sekarang.