
Cipta akaun API dalam Apple Business Manager
Dengan API Apple School Manager dan Apple Business Manager, anda boleh mengedit penugasan pengurusan peranti dan melihat maklumat peranti. Anda juga boleh menggunakan titik akhir peranti untuk memberikan app keupayaan mencipta laporan tersuai atau mengeksport data peranti.
Gambaran Keseluruhan
Dengan API Apple School Manager dan Apple Business Manager, anda boleh mengedit penugasan pengurusan peranti dan melihat maklumat peranti. Anda juga boleh menggunakan titik akhir peranti untuk memberikan app keupayaan mencipta laporan tersuai atau mengeksport data peranti. API menyokong OAuth 2. Dengan OAuth 2, app melakukan pengesahan dengan satu set kelayakan untuk mendapatkan token akses bagi membuat permintaan yang disahkan kepada API.
Sebelum anda boleh menggunakan API ini, anda perlu mencipta akaun API dalam Apple Business Manager. Hanya pengguna dengan peranan Pentadbir boleh mencipta akaun API.
Akses data
Apabila akaun API dikonfigurasikan dengan betul, akaun tersebut boleh membenarkan app mengakses maklumat berikut:
Kategori | Ciri | Penerangan |
---|---|---|
Peranti | Dapatkan Peranti Organisasi | Dapatkan senarai peranti dalam organisasi yang mendaftar menggunakan Pendaftaran Peranti Automatik. |
Peranti | Dapatkan Maklumat Peranti | Dapatkan maklumat tentang peranti dalam organisasi, seperti model peranti, nombor tempahan dan nombor bahagian. |
Perkhidmatan pengurusan peranti | Dapatkan Perkhidmatan Pengurusan Peranti | Dapatkan senarai perkhidmatan pengurusan peranti dalam organisasi. |
Perkhidmatan pengurusan peranti | Dapatkan Nombor Siri Peranti untuk Perkhidmatan Pengurusan Peranti | Dapatkan senarai nombor siri peranti yang ditugaskan kepada perkhidmatan pengurusan peranti. |
Perkhidmatan pengurusan peranti | Dapatkan ID Perkhidmatan Pengurusan Peranti yang Ditugaskan untuk Peranti | Dapatkan maklumat ID perkhidmatan pengurusan peranti yang ditugaskan untuk peranti. |
Perkhidmatan pengurusan peranti | Dapatkan Maklumat Perkhidmatan Pengurusan Peranti yang Ditugaskan untuk Peranti | Dapatkan maklumat perkhidmatan pengurusan peranti yang ditugaskan untuk peranti. |
Perkhidmatan pengurusan peranti | Dapatkan maklumat aktiviti peranti | Dapatkan maklumat untuk aktiviti peranti organisasi yang dicipta oleh tindakan pengurusan peranti, seperti tugaskan atau batalkan tugasan. |
Perkhidmatan pengurusan peranti | Tugaskan atau Batalkan Tugasan Peranti pada Perkhidmatan Pengurusan Peranti | Tugaskan atau batalkan tugasan peranti pada perkhidmatan pengurusan peranti. |
Menjana kunci peribadi
Untuk mengekalkan sambungan selamat kepada Apple Business Manager, anda perlu menjana kunci peribadi. Nama fail kunci berakhir dengan .pem dan anda hanya akan menjana kunci ini sekali.
Cipta akaun API dan muat turun kunci peribadi
Dalam Apple Business Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan
, kemudian pilih API.
Pilih Bermula, masukkan nama untuk akaun, kemudian pilih Cipta.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Jana Kunci Peribadi untuk menjana kunci.
Fail akan dimuat turun secara automatik ke lokasi muat turun fail dalam keutamaan pelayar anda atau, jika tiada lokasi, sistem akan bertanya tempat untuk menyimpan fail.
Pilih Kemudian untuk menjana kunci peribadi kemudian.
Pilih Urus untuk melihat maklumat yang anda perlukan untuk mewujudkan sambungan.
Semak dokumentasi Apple Developer tentang cara mewujudkan sambungan.