
Urus token kandungan dalam Apple Business Manager
Perkhidmatan pengurusan peranti luaran menugaskan kandungan kepada peranti atau pengguna dengan berkomunikasi dengan Apple Business Manager. Untuk perkhidmatan anda memaut dan berkomunikasi, token kandungan diperlukan. Hubungi pembangun anda untuk mendapatkan maklumat khusus tentang pemasangan token dalam perkhidmatan anda. Peristiwa berikut membatalkan token:
Tamat tempoh tahunan: Token kandungan akan tamat tempoh setiap tahun, jadi catat tarikh pembaharuan token anda semasa pemautan. Untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan, jangan lupa untuk memuat turun token yang dikemas kini dan memuat naik token tersebut ke perkhidmatan pengurusan peranti organisasi anda sebelum token semasa tamat tempoh.
Perubahan kata laluan: Jika akaun yang memuat turun token dan memautkan perkhidmatan pengurusan peranti kepada Apple Business Manager mengubah kata laluan, token tersebut akan dibatalkan.
Muat turun token kandungan
Dalam Apple Business Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Kandungan.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, kemudian pilih Pembayaran & Pengebilan
.
Di bawah Token Kandungan, pilih nama token untuk penugasan perkhidmatan pengurusan peranti.
Rujuk dokumentasi perkhidmatan pengurusan peranti anda untuk memuat naik token kandungan.