
Semak tugasan peranti dalam Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, anda boleh meyemak butiran tugasan peranti anda, termasuk:
Nombor tempahan
Tarikh peranti ditugaskan atau dibatalkan tugasan
Orang yang menugaskan (atau membatalkan tugasan) peranti kepada perkhidmatan pengurusan peranti tertentu
Nama perkhidmatan pengurusan peranti yang ditugaskan kepada atau dibatalkan tugasan pada peranti
Jumlah peranti, disusun mengikut kumpulan peranti
Anda juga boleh memuat turun fail .csv yang mengandungi nombor siri bagi semua peranti (ditugaskan atau dibatalkan tugasan) untuk setiap perkhidmatan pengurusan peranti.
Semak tugasan peranti
Dalam Apple Business Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Pendaftaran Peranti.
Pilih Sejarah Tugasan
dalam bar sisi, kemudian pilih tugasan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk memuat turun fail .csv dengan nombor siri yang berkaitan dengan tugasan, pilih Muat Turun.