
Pilih dan beli kandungan dalam Apple Business Manager
Anda boleh membeli app dan buku melalui Kedai App dan Buku dalam Apple Business Manager. Anda juga boleh membeli App Tersuai dan App Tidak Tersenarai yang disesuaikan dengan keperluan khusus organisasi anda daripada pembangun yang bekerjasama secara langsung dengan anda.
Nota: Anda perlu menyediakan kaedah bayaran sebelum anda boleh mendapatkan lesen app, walaupun lesen itu percuma.
Cari app atau buku
Dalam Apple Business Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk membeli kandungan.
Pilih App dan Buku
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari app atau buku dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih app atau buku daripada senarai.
Beli lesen app atau buku
Dalam Apple Business Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk membeli kandungan.
Pilih app atau buku dalam senarai hasil carian yang anda ingin beli.
Pilih lokasi untuk penugasan awal lesen.
Masukkan bilangan lesen, dan jika perlu, tukar kaedah bayaran, kemudian pilih Beli.
Ketersediaan lesen app bergantung pada jumlah lesen yang anda beli. Jika anda membeli:
5,000 lesen atau kurang, pembelian diproses dengan serta-merta
5,001 hingga 19,999 lesen, pembelian diproses setiap hari selepas 1:00 p.m., waktu Pasifik
20,000 lesen atau lebih, pembelian diproses setiap hari selepas 4:00 p.m., waktu Pasifik
Beli kod app
Dalam keadaan tertentu, anda mungkin mahu membeli kod penebusan. Kod ini boleh ditebus oleh pengguna untuk mendapatkan app, yang kemudiannya dimiliki oleh Akaun Apple pengguna tersebut. Kod penebusan hanya boleh diedarkan kepada pengguna di negara atau rantau yang sama dengan organisasi anda. Sebagai contoh, pengguna di Kanada tidak akan dapat menebus kod kandungan yang disediakan oleh organisasi yang mendaftar dalam Apple Business Manager dengan alamat di Amerika Syarikat. Kod penebusan tidak tersedia di Korea Selatan.
Penting: Kod, selepas ditebus, tidak boleh ditugaskan semula kepada pengguna lain.
Dalam Apple Business Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk membeli kandungan.
Pilih App dan Buku
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari app atau buku dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih app daripada senarai.
Pilih Kod Penebusan daripada menu timbul Jenis Lesen, masukkan kuantiti, kemudian pilih Beli.
Anda juga boleh memuat turun kod penebusan dari sejarah pembelian anda di bawah App dan Buku dalam Keutamaan.