Sesuaikan akses pengguna ke app dan perkhidmatan tertentu menggunakan Apple Business Manager
Anda mungkin mahu pengguna yang mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus untuk mengakses banyak app dan perkhidmatan Apple. Dengan Apple Business Manager, anda boleh memilih peranti yang boleh digunakan pengguna untuk mendaftar masuk dan app serta perkhidmatan yang tersedia untuk mereka. Contohnya, anda boleh menghidupkan akses kepada ciri iCloud tertentu, menentukan data app yang boleh pengguna simpan dalam awan dan mematikan akses ke FaceTime dan iMessage.
Keperluan
Sesetengah ciri memerlukan perkara berikut:
iOS 17, iPadOS 17, macOS 14 atau lebih baharu.
Sokongan dari penyelesaian MDM pihak ketiga anda. Rujuk dokumentasi vendor MDM anda untuk melihat jika vendor menyokong ciri ini.
Penting: Sekiranya keperluan untuk keadaan pengurusan peranti telah diubah, Akaun Apple Terurus akan didaftar keluar daripada peranti secara automatik jika keadaan peranti tidak memenuhi keperluan baharu.
Akses kepada perkhidmatan menggunakan Akaun Apple Terurus
Akses kepada perkhidmatan khusus mungkin berbeza-beza apabila menggunakan Akaun Apple Terurus. Lihat Akses perkhidmatan dengan Akaun Apple Terurus dalam Pengerahan Platform Apple.
Pilih peranti yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mendaftar masuk
Anda boleh memilih peranti yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus.
Nota: Ciri ini memerlukaniOS 17, iPadOS 17, macOS 14 atau lebih baharu dan sokongan daripada penyelesaian MDM anda.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian pilih Perkhidmatan Apple .
Pilih “Benarkan Akaun Apple Terurus pada”, kemudian pilih salah satu perkara berikut:
Sebarang peranti (lalai): Pengguna boleh mendaftar masuk pada sebarang peranti.
Peranti terurus sahaja: Pengguna boleh mendaftar masuk pada peranti yang diuruskan oleh penyelesaian MDM yang menyokong titik akhir Get Token baharu.
Peranti diselia sahaja: Pengguna boleh mendaftar masuk pada peranti yang diselia (dan diurus) oleh penyelesaian MDM yang menyokong titik akhir Get Token baharu.
Urus ciri iCloud dan akses app
Anda boleh menyesuaikan sebarang ciri di bawah untuk memenuhi keperluan organisasi anda. Ini termasuk penentuan peranti yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus:
Mati: Pengguna tidak boleh menyimpan data mereka dalam iCloud.
Sebarang Peranti : Pengguna boleh mengakses data iCloud pada mana-mana peranti.
Peranti terurus sahaja: Pengguna boleh mendaftar masuk pada peranti yang diuruskan oleh penyelesaian MDM yang menyokong titik akhir Get Token baharu.
Peranti diselia sahaja: Pengguna boleh mendaftar masuk pada peranti yang diselia (dan diurus) oleh penyelesaian MDM yang menyokong titik akhir Get Token baharu.
Nota: Ciri ini memerlukan iOS 17, iPadOS 17, macOS 14 dan sokongan dari penyelesaian MDM anda.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian pilih Perkhidmatan Apple .
Pilih iCloud, kemudian pilih peranti yang boleh digunakan pengguna untuk mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus:
Dimatikan
Sebarang peranti (lalai)
Peranti terurus sahaja
Peranti yang diselia sahaja
Pilih Kerjasama, kemudian hidupkan keupayaan pengguna untuk bekerjasama pada fail yang dicipta menggunakan Keynote, Numbers dan Pages, serta sama ada untuk membenarkan fail tersebut diterima secara automatik.
Sesiapa sahaja (lalai): Pengguna boleh bekerjasama dengan sebarang pengguna lain menggunakan Akaun Apple.
Organisasi sahaja: Pengguna hanya boleh bekerjasama dengan pengguna lain yang menggunakan Akaun Apple Terurus daripada organisasi Apple Business Manager yang sama.
Mati: Pengguna tidak boleh berkongsi dokumen Keynote, Numbers atau Pages.
Terima Fail secara Automatik: Pengguna menerima jemputan berkolaborasi secara automatik pada dokumen yang dikongsi.
Pilih iCloud di bahagian atas, kemudian matikan akses kepada ciri iCloud berikut:
iCloud Drive: Pengguna boleh menyimpan data dalam iCloud Drive.
Kod Laluan dan Rantai Kunci: Pengguna boleh menyimpan kata laluan dan kunci laluan dalam Rantai Kunci iCloud.
Akses data iCloud di web: Pengguna boleh mendaftar masuk ke www.icloud.com untuk mengakses data.
Sandaran iCloud: Pengguna boleh menggunakan Sandaran iCloud untuk membuat sandaran peranti.
Matikan akses penyimpanan data app dalam iCloud untuk app dalam jadual di bawah.
App
Penyegerakan data kepada peranti lain?
Foto
Freeform
Kalendar
Kenalan
Mesej
News
Nota
Peringatan
Safari
Saham
Siri
Urus akses pengguna ke FaceTime dan iMessage
Secara lalai, pengguna yang mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus boleh mengakses FaceTime dan iMessage. Anda boleh mengubah suai akses tersebut.
FaceTime: FaceTime (audio sahaja dan video) boleh dimatikan, dibenarkan dengan pengguna lain dalam organisasi anda sahaja atau sesiapa di dalam dan luar organisasi anda.
iMessage: iMessage boleh dimatikan, dibenarkan dengan pengguna lain dalam organisasi anda sahaja atau sesiapa di dalam dan luar organisasi anda.
Nota: Jika iMessage dimatikan, pengguna masih boleh menghantar dan menerima mesej SMS/MMS.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian pilih Perkhidmatan Apple .
Pilih FaceTime, hidupkan atau matikan FaceTime. Jika anda menghidupkan FaceTime, pilih salah satu perkara berikut:
Sesiapa sahaja (lalai)
Organisasi sahaja
Pilih Perkhidmatan Apple di bahagian atas, pilih Mesej, matikan atau hidupkan Mesej. Jika anda menghidupkan Mesej, pilih salah satu perkara berikut:
Sesiapa sahaja (lalai)
Organisasi sahaja
Hidupkan akses pengguna ke Apple Wallet
Secara lalai, pengguna yang mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus tidak boleh mengakses Apple Wallet. Anda boleh menghidupkan akses mereka agar mereka boleh menambah lencana pekerja, jika dibenarkan oleh organisasi mereka.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian pilih Perkhidmatan Apple .
Pilih Wallet, kemudian hidupkan akses untuk menggunakan Apple Wallet.
Hidupkan akses pengguna kepada kandungan Pembangun Apple
Secara lalai, pengguna yang mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus tidak boleh mengakses kandungan Program Apple Developer. Anda boleh mengubah suai akses tersebut.
Nota: Ciri ini membolehkan pengguna dengan sebarang peranan untuk ditambahkan pada pasukan pembangun sedia ada.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian pilih Perkhidmatan Apple .
Pilih Pembangun, kemudian lakukan sebarang perkara berikut:
Hidupkan akses pengguna kepada Apple Developer Program.
Hidupkan akses kepada program Xcode Cloud.
Hidupkan akses kepada portal MFi.
Penting: Perkhidmatan baris perintah—seperti
notarytool
—tidak akan berfungsi dengan Akaun Apple Terurus.
Hidupkan akses pengguna ke AppleSeed untuk IT
AppleSeed untuk IT direka secara khusus untuk pelanggan perusahaan dan pendidikan yang komited untuk menguji setiap versi baharu perisian beta Apple dalam organisasi mereka. Organisasi yang menggunakan Apple Business Manager boleh menetapkan peranan akaun dalam organisasi mereka yang boleh mengambil bahagian. Kemudian, peserta boleh menggunakan Akaun Apple Terurus untuk mengakses program dan maklum balas peserta akan dikaitkan dengan organisasi mereka.
Secara lalai, pengguna yang mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus tidak boleh mengakses AppleSeed untuk IT. Anda boleh mengubah suai akses tersebut.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian pilih Perkhidmatan Apple .
Pilih AppleSeed untuk IT, kemudian hidupkan akses pengguna ke laman web.
Lihat Peranan: Keistimewaan asas dan Laman web AppleSeed untuk IT.
Hidupkan akses pengguna kepada ciri privasi dan keselamatan tertentu
Anda boleh menghidupkan akses kepada ciri privasi dan keselamatan tertentu.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian pilih Perkhidmatan Apple .
Pilih Privasi & Keselamatan, kemudian hidupkan akses kepada sebarang perkara berikut:
Akses Data & Privasi: Beri pengguna akses untuk meminta salinan data mereka.
Carian Akaun Pengguna: Beri pengguna keupayaan untuk mencari maklumat hubungan pengguna lain.
Daftar masuk automatik pada Apple Watch: Benarkan pengguna memasangkan Apple Watch dengan iPhone tanpa perlu memasukkan kata laluan.