Gunakan Apple ID Terurus dalam Apple Business Manager
Pengguna boleh mempunyai dua jenis Apple ID: Apple ID Terurus dan Apple ID peribadi:
Apple ID Terurus dimiliki dan diurus oleh organisasi anda—termasuk mereset kata laluan dan pentadbiran berasaskan peranan. Ia juga menyediakan akses ke iCloud untuk kerjasama dengan iWork dan sandaran pada peranti iPhone dan iPad. Apple Business Manager memudahkan organisasi untuk mencipta dan mengurus akaun ini secara besar‑besaran.
Apple ID peribadi digunakan untuk mengakses data peribadi seperti Foto, iMessages dan data iCloud peribadi lain apabila didaftar masuk ke peranti peribadi.
Penting: Pengguna dengan Apple ID Terurus boleh dikunci dari akaun jika mereka memasukkan kata laluan yang salah lebih daripada 10 kali atau jika Apple mengesyaki ada aktiviti penipuan pada akaun mereka. Untuk mereset kata laluan mereka, pengguna mesti menghubungi sebarang pengguna dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu. Untuk pengguna yang dikunci kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan, seorang pengguna Apple Business Manager dengan peranan Pentadbir mesti menghubungi Apple untuk membuka kunci akaun itu. Pada ketika itu, kata laluan pengguna boleh direset oleh Pentadbir.
Cara Apple ID Terurus dicipta
Apple ID Terurus dicipta selepas anda:
Mencipta akaun secara manual
Gunakan pengesahan penyepaduan Google Workspace, Microsoft Azure Active Directory (Azure AD) atau pembekal identiti anda (IdP)
Lihat Pengenalan kepada pengesahan penyepaduan.
Nota: Jika organisasi anda menggunakan pengesahan penyepaduan, seting Format Apple ID Terurus Lalai tidak terpakai.
Segerakkan dengan Google Workspace
Gunakan SCIM dengan Azure AD
Gunakan SCIM dengan IdP anda
Penting: Perlu ingat bahawa setiap Apple ID Terurus mesti unik. Ia juga tidak boleh sama dengan Apple ID lain yang mungkin sudah dimiliki oleh pengguna lain.
Cara Apple ID Terurus digunakan
Sebagai sebarang pengguna dengan peranan Pentadbir atau sebarang Pengurus, anda menggunakan Apple ID Terurus dalam dua cara utama—dengan akaun dan peranan.
Akaun: Pengguna dengan peranan Pentadbir boleh melengkapkan pelbagai tugasan dalam Apple Business Manager untuk mengurus akaun. Sebagai contoh, anda boleh menugaskan peranan atau mereset kata laluan untuk kumpulan pengguna tertentu.
Peranan: Selepas Apple ID Terurus dicipta untuk pengguna, peranan kemudiannya boleh ditugaskan untuk pengguna. Peranan ini menentukan jenis tugasan yang pengguna boleh lakukan dalam Apple Business Manager dengan Apple ID Terurus mereka.
Apple ID Terurus berubah seiring dengan peranan Pentadbir
Anda tidak boleh mengubah Apple ID Terurus pengguna dengan peranan Pentadbir. Anda mesti mengubah peranan itu kepada peranan lain terlebih dahulu, ubah Apple ID Terurus, kemudian ubah semula peranan kepada Pentadbir.
Akses kepada perkhidmatan menggunakan Apple ID Terurus
Akses kepada perkhidmatan khusus mungkin berbeza-beza apabila menggunakan Apple ID Terurus. Lihat Akses perkhidmatan dengan Apple ID Terurus dalam Pengerahan Platform Apple.
Edit Apple ID Terurus
Dalam sesetengah kes, mungkin perlu untuk mengubah Apple ID Terurus untuk akaun—sebagai contoh, jika nama domain organisasi berubah. Pengurus yang mempunyai keistimewaan “Cipta, edit dan padam Apple ID Terurus” boleh mengedit Apple ID Terurus akaun lain. Ini mengubah format Apple ID Terurus untuk semua akaun baharu dan sedia ada.
Selepas anda mengubah Apple ID Terurus tersebut, pengguna aktif boleh mendaftar masuk menggunakan Apple ID Terurus baharu dan kata laluan sedia ada mereka. Sekiranya format baharu disertakan dengan elemen yang hilang atau kosong untuk pengguna tersebut, Apple ID Terurus pengguna itu tidak akan dikemas kini. Sekiranya format baharu menghasilkan Apple ID Terurus yang telah digunakan, satu nombor akan ditambah pada akhir Apple ID Terurus yang baharu untuk menjadikannya unik.
Penting: Pengguna tidak dimaklumkan apabila Apple ID Terurus mereka ditukar, jadi anda mesti memberitahu mereka sebaik sahaja anda membuat perubahan.
Edit format Apple ID Terurus untuk pengguna tunggal
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , kemudian edit Apple ID Terurus.
Anda juga boleh memasukkan teks, seperti noktah (sebagai contoh, amy.frost), dalam medan.
Pilih domain daripada senarai, kemudian pilih Simpan.
Edit format Apple ID Terurus untuk berbilang pengguna
Tugas ini boleh berjaya diselesaikan untuk pengguna yang dicipta secara manual sahaja.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih Edit di sebelah Kemas Kini Apple ID Terurus, kemudian pilih butang Tambah untuk memilih permulaan Apple ID Terurus.
Anda juga boleh memasukkan teks, seperti noktah (sebagai contoh, amy.frost), dalam medan.
Pilih domain daripada senarai, kemudian pilih Teruskan.
Lakukan salah satu yang berikut:
Pilih Aktiviti untuk melihat aktiviti ini.
Pilih Selesai.