Tukar maklumat domain pengguna menggunakan Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, perubahan kepada akaun maklumat domain pengguna memerlukan pengguna mendaftar keluar dan mendaftar masuk semula dengan kata laluan baharu mereka.
Penting: Jika kata laluan pengguna ditukar dalam Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP anda, Apple Business Manager membatalkan sesi semasa dengan pengguna tersebut. Pengguna mesti mendaftar masuk semula dengan kata laluan baharu mereka untuk terus menggunakan pengesahan penyepaduan untuk akses.
Tukar peranan pengguna yang disepadukan
Apabila anda berjaya melengkapkan pengesahan penyepaduan, semua pengguna dari domain anda mempunyai peranan sebagai Kakitangan. Anda mungkin ingin menukar peranan untuk Pengurus Kandungan dan Pengurus Pendaftaran Peranti. Jika anda menukar peranan kepada Pentadbir atau Pengurus Individu, pengesahan pengguna akan bertukar daripada Penyepaduan (mereka menggunakan kata laluan Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP mereka) kepada Apple. Mereka masih mengekalkan Akaun Apple Terurus dan alamat e‑mel yang mereka ada ketika pengesahan penyepaduan dilengkapkan.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , tukar peranan, kemudian pilih Simpan.
Tukar e‑mel pengguna ke domain yang disepadukan
Jika anda berjaya memautkan Apple Business Manager kepada domain Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP, anda boleh menukar akaun sedia ada supaya alamat e‑mel dan Akaun Apple Terurus adalah sama. Pengecualian ialah akaun dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu tidak boleh menggunakan alamat yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , tukar alamat e‑mel, pilih OK untuk turut menukar Akaun Apple Terurus supaya sepadan dengan alamat e‑mel, kemudian pilih Simpan.
Pengguna tersebut kini boleh mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus dan kata laluan domain mereka.
Edit Akaun Apple Terurus menjadi domain yang disepadukan untuk seorang pengguna
Jika anda berjaya memautkan Apple Business Manager kepada domain Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP, anda boleh menukar akaun yang tidak disepadukan supaya Akaun Apple Terurus dan alamat e‑mel adalah sama. Terdapat pengecualian iaitu akaun dengan peranan Pentadbir dan Pengurus Individu tidak boleh menggunakan akaun yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , tukar Akaun Apple Terurus, pilih OK untuk turut menukar alamat e‑mel supaya sepadan dengan Akaun Apple Terurus, kemudian pilih Simpan.
Edit Akaun Apple Terurus menjadi domain yang disepadukan untuk berbilang pengguna
Penting: Pengguna tidak dimaklumi apabila Akaun Apple Terurus mereka ditukar, jadi anda mesti memberitahu mereka sebaik sahaja anda membuat perubahan.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih Edit di sebelah Kemas Kini Akaun Apple Terurus, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tukar struktur nama pengguna unik Akaun Apple Terurus.
Tukar struktur nama domain.
Tukar kedua‑duanya.
Tukar Akaun Apple Terurus, pilih OK untuk turut menukar alamat e‑mel supaya sepadan dengan Akaun Apple Terurus, kemudian pilih Simpan.
Lakukan salah satu yang berikut:
Pilih Aktiviti untuk melihat aktiviti ini.
Pilih Selesai.
Tukar e‑mel pengguna ke domain yang tidak disepadukan
Jika anda ingin pengguna menggunakan alamat e‑mel yang berbeza daripada e‑mel dalam akaun domain Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP mereka, anda boleh menukarnya. Anda mesti menjadikan alamat e‑mel dan Akaun Apple Terurus mereka sama. Pengecualian ialah akaun dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu tidak boleh menggunakan alamat yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang berperanan boleh membuat penukaran pada akaun lain, kemudian pilih Akaun dalam bar sisi.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , tukar alamat e‑mel, pilih OK supaya sepadan dengan Akaun Apple Terurus, kemudian pilih Simpan.
Beritahu pengguna bahawa mereka mempunyai Akaun Apple Terurus yang baharu.
Edit Akaun Apple Terurus menjadi domain yang tidak disepadukan untuk seorang pengguna
Jika anda tidak mahu pengguna menggunakan Akaun Apple Terurus dalam akaun domain Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP mereka, anda boleh membuat perubahan. Anda mesti memastikan Akaun Apple Terurus dan alamat e‑mel mereka sama. Pengecualian ialah akaun dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu tidak boleh menggunakan alamat yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , tukar Akaun Apple Terurus, pilih OK untuk turut menukar alamat e‑mel supaya sepadan dengan Akaun Apple Terurus, kemudian pilih Simpan.
Beritahu pengguna bahawa mereka mempunyai Akaun Apple Terurus yang baharu.
Edit Akaun Apple Terurus menjadi domain yang tidak disepadukan untuk berbilang pengguna