Semak maklumat bayaran dan pengebilan App dan Buku dalam Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, anda boleh mengurus kaedah bayaran App dan Buku, melihat sejarah pembelian app dan menyemak sejarah pembayaran anda. Apabila anda menukar kaedah bayaran, sebarang pengebilan akan datang ditujukan ke kaedah bayaran baharu. Pengebilan yang sedang dijalankan terus menggunakan kaedah bayaran asal. Anda juga boleh mengekalkan kredit kedai. Ini membolehkan anda membeli app menggunakan akaun pesanan belian (PO).
Selepas organisasi anda menyediakan akaun dan Apple berjaya memproses pesanan anda, anda boleh menambah kod Kredit ke Apple Business Manager untuk menambah kredit VPP pada akaun App dan Buku anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Tempat membeli Kredit VPP untuk Apple School Manager, Apple Business Manager dan Keperluan Perniagaan Apple.
Menambahkan atau menggantikan kad kredit atau debit
Apabila anda menambah atau menggantikan kad kredit atau debit, pastikan had pada kad mencukupi untuk membeli app atau buku bagi organisasi anda. Jika kad kredit telah mencapai had tertentu, anda mungkin diminta untuk mengeluarkan lesen atau meningkatkan had kredit anda.
Nota: Anda boleh memilih Tiada dan bukannya menambah atau menggantikan kad kredit atau debit. Ini akan membolehkan organisasi anda untuk mendapatkan app dan buku percuma dan menugaskannya kepada peranti atau pengguna.
Pengurusan maklumat pembayaran
Pengguna dengan peranan berikut boleh mengurus maklumat pembayaran App dan Buku dalam Apple Business Manager:
Pentadbir
Pengurus Kandungan
Tambahkan kaedah bayaran App dan Buku anda
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Kandungan.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan , kemudian pilih Pembayaran & Pengebilan .
Pilih App dan Buku, pilih Tambah, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
Pilih Tiada daripada menu Kaedah Bayaran.
Ini membolehkan anda membeli app dan buku percuma.
Masukkan maklumat kad kredit atau debit.
Jika alamat pengebilan sepadan dengan alamat pendaftaran organisasi anda dalam Apple Business Manager, anda boleh memilihnya.
Jika alamat pengebilan berbeza, nyahpilih alamat pendaftaran organisasi dan masukkan maklumat pengebilan yang dikaitkan dengan kad.
Pilih Simpan.
Kad yang anda gunakan akan disahkan oleh Apple sebelum disimpan. Jika anda melihat ralat, cuba masukkan kod CVV atau poskod sekali lagi atau cuba kad lain.
Edit kaedah bayaran App dan Buku anda
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Kandungan.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan , kemudian pilih Pembayaran & Pengebilan .
Pilih App dan Buku, pilih Kemas kini, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
Pilih Tiada daripada menu Kaedah Bayaran.
Ini membolehkan anda membeli app dan buku percuma.
Masukkan maklumat kad kredit atau debit yang baharu.
Jika alamat pengebilan sepadan dengan alamat pendaftaran organisasi anda dalam Apple Business Manager, anda boleh memilihnya.
Jika alamat pengebilan berbeza, nyahpilih alamat pendaftaran organisasi dan masukkan maklumat pengebilan yang dikaitkan dengan kad.
Pilih Simpan.
Mesej dihantar ke alamat e‑mel untuk semua pengguna dengan peranan Pentadbir memberitahu mereka tentang kemas kini tersebut. Kad yang anda gunakan akan disahkan oleh Apple sebelum disimpan. Jika anda melihat ralat, cuba masukkan kod CVV atau poskod sekali lagi atau cuba kad lain.
Keluarkan kaedah bayaran App dan Buku
Anda boleh mengeluarkan kaedah bayaran hanya jika tiada caj semasa atau belum selesai.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan , kemudian pilih Pembayaran & Pengebilan .
Pilih App dan Buku, pilih Kemas kini, kemudian pilih Tiada daripada menu Kaedah Bayaran.
Pilih Simpan.
Tambahkan maklumat pesanan belian
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan , kemudian pilih Pembayaran & Pengebilan .
Pilih App dan Buku, kemudian pilih Tambah.
Masukkan kod anda, kemudian pilih Tebus.
Lihat sejarah pembelian
Anda juga boleh melihat dan memuat turun sejarah pembelian app dan buku anda. Ini mungkin diperlukan untuk audit berkala.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk membeli kandungan.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan , kemudian pilih Bayaran & Pengebilan .
Pilih Lihat di sebelah Sejarah Pembelian untuk melihat senarai app dan buku yang dibeli untuk organisasi ini.
Jika perlu, pilih Muat Turun CSV untuk memuat turun fail .csv.