Langgan Apple TV+ atau MLS Season Pass pada perkhidmatan kabel atau satelit anda
Anda boleh melanggan Apple TV+ dan MLS Season Pass terus daripada app.
Apple TV+ ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi—dengan item baharu ditambah setiap bulan.
Langgan MLS Season Pass untuk menonton setiap perlawanan musim biasa Major League Soccer, keseluruhan pusingan playoff dan League Cup, semuanya tanpa gangguan.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple TV+ anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Apple TV+, MLS Season Pass dan Apple One tidak tersedia pada semua peranti, atau di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple TV+
Buka bar sisi dalam app Apple TV+ pada penerima kabel atau satelit anda, kemudian pilih Apple TV+.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda telah mempunyai Apple ID, anda boleh mendaftar masuk untuk memulakan percubaan percuma anda.
Langgan MLS Season Pass
Buka bar sisi dalam app Apple TV+ pada penerima kabel atau satelit anda, kemudian pilih MLS Season Pass.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Batalkan langganan anda
Anda boleh mengubah suai atau membatalkan langganan Apple TV+ atau MLS Season Pass anda dalam app.
Buka bar sisi dalam app Apple TV+ pada penerima kabel atau satelit anda, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Akaun > Uruskan Langganan dan pilih langganan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Kongsi Apple TV+ atau MLS Season Pass
Apabila anda melanggan Apple TV+, MLS Season Pass, atau Apple One, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima ahli keluarga lain. Kumpulan keluarga tidak perlu berbuat apa-apa—Apple TV+ tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app Apple TV selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple TV+, MLS Season Pass atau Apple One dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan tersebut. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan itu menggunakan langganan anda.
Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga dalam app Apple TV.
Nota: Untuk berhenti berkongsi langganan anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.