Urus langganan dalam app Apple TV
Dalam app Apple TV, anda boleh mengubah suai atau membatalkan langganan, termasuk langganan ke saluran Apple TV seperti Max.
Urus langganan anda
Pergi ke app Apple TV
pada TV pintar, peranti penstriman, konsol permainan, perkhidmatan kabel atau satelit anda.Buka bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Profil.
Pilih profil yang disambungkan ke Akaun Apple, pilih Langganan, kemudian pilih langganan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.